Blog

Check out market updates

freehold vs leasehold

Freehold vs Leasehold 4 Fakta Ramai Salah Faham

Bila lihat iklan, kebiasaannya pembeli lebih suka hartanah berstatus freehold.

Adakah ia gimik iklan atau ada fakta yang mengatakan freehold lebih baik dari leasehold ?.

Sebelum saya hurai Panjang lebar freehold vs leasehold dan beberapa fakta yang ramai salah faham. Saya nak jelaskan dahulu secara ringkas tentang salah faham dalam penggunaan istilah; GERAN.

GERAN yang sebenar-benarnya adalah merujuk kepada Hak Milik Tetap (Final Title) yang diberikan pegangan selama-lamanya iaitu FREEHOLD.

So bermaksud, GERAN itu hanya sesuai dirujuk kepada ‘Geran’ Freehold kan? Kalau ‘Geran’ Leasehold nak panggil apa?

Yang sebenar-benarnya yang kita selalu panggil GERAN itu adalah Hak Milik (Title). Hak milik yang tempoh Freehold baru dipanggil Geran. Ada 3 muka surat. Tak pe nanti saya ulas berkaitan Cara Nak Baca Hak Milik.

4 Fakta Yang Ramai Salah Faham Tentang FREEHOLD VS LEASEHOLD

freehold vs leasehold

“Dan, aku nak tanya la. Mana yang lebih baik Freehold atau Leasehold”.

Soalan ini simple dan nak jawab pun simple atas kertas. Tapi hakikatnya susah nak jawab. Sebab ia perlukan data dan fakta.

“Saya dan isteri kerja di Bangi. Kami nak beli rumah di Senawang sebab situ rumah freehold dan harga pun murah. Ok ke?

Ini berbalik semula kepada tajuk asas tujuan beli rumah. Saya ada hurai dalam artikel Cara Beli Rumah Second Hand bila kita nak beli rumah untuk duduk, antara faktor penting ialah lokasi ke tempat kerja. Sebab ia melibatkan kos dan juga masa di atas jalan.

“Kami takut la rumah leasehold. Nanti dah habis 99 tahun. Anak cucu nak duduk mana?”

Wow. Deep sangat soalan ini. 99 tahun tu tempoh yang sangat panjang. Lagipun sebelum tamah tempoh boleh mohon untuk lanjutkan pajakan dengan cara bayar premium.

Jom baca 4 Perkara Yang Biasa Kita Dengar Tentang Freehold vs Leasehold

1. Kalau Dah Tamat Tempoh Pajakan, Kami Sekeluarga Kena Pindah Ke?

Perbezaan ketara antara Freehold vs Leasehold adalah tempoh pegangan ‘tenure’. Leasehold mempunyai tempoh pajakan kebiasaannya 99 tahun. Manakala Freehold adalah pegangan selama-lamanya / kekal iaitu dalam istilah ‘perpetuity’.

Yang menjadi persoalan, selepas tamat tempoh pajakan. Adakah rumah atau hartanah leasehold akan diambil oleh kerajaan?

Secara undang-undang itu adalah normal. Contohnya kita sewa sebuah rumah selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh sewaan, rumah tersebut akan diserah semula kepada pemilik. Betul ke?

Kebiasaannya kerajaan tak ambil rumah tersebut. Kerajaan minta bayar premium. Sekiranya ambil, pampasan tetap dapat.

Istilah sewaan (tenancy) terpakai bagi sewaan selama 3 tahun dan ke bawah. Manakala pajakan (leasing) bagi tempoh lebih 3 tahun.

Tapi sebelum tempoh pajakan tamat, pemilik boleh memohon untuk lanjutkan tempoh pajakan dari Pejabat Tanah di negeri masing-masing. Setiap negeri berlainan dari segi cara kiraan bayaran premium. Land is state matters.

Ini saya bagi link bagi negeri Selangor

2. Kerajaan Takkan Ambil Tanah Status Freehold. Betul Ke?

Bila kerajaan berkehendak pada satu-satu, kerajaan boleh gunakan kuasa melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Iaitu atas tujuan kepentingan awam ‘public purpose’. Contohnya pembinaan lebuhraya, HSR dan sebagainya.

Sama ada tanah berstatus freehold mahupun leasehold. Kerajaan boleh gunakan kuasa untuk membuat pengambilan tanah sekiranya tanah tersebut berada dalam lokasi yang dikehendaki.

Saya beli rumah freehold mahal berbanding leasehold. Rugi la saya.

Berkaitan pengambilan tanah. Pemilik tidak ada peruntukan undang-undang untuk pertikaikan pengambilan tersebut. Tapi boleh membuat bantahan berkenaan dengan nilai pampasan yang akan diperolehi. 

3. Freehold dan Leasehold. Nak Jual Rumah Dari Bumi Lot ke Non Bumi

Bila ada perkataan leasehold, ia tertakluk kepada kebenaran ‘consent’ Pihak Berkuasa Negeri (PBN) ‘state authority’. Bermaksud sekiranya rumah tersebut hendak dijual ia perlu mendapat kebenaran dari PBN.

Berlainan pula dengan Freehold. Yang lebih bebas. Tak perlu kepada kebenaran PBN. Itu kelebihan Freehold.

Tapi ada sesetengah kes. Hak milik freehold, tetapi perlu mendapat kebenaran dari kerajaan negeri iaitu ada sesetengah tempat di Seremban 2 contohnya. Pada hak milik dinyatakan Sekatan Kepentingan contoh ayat:

Tanah yang terkandung di dalam hakmilik ini adalah untuk Bumiputera sahaja dan tidak boleh dijual, dipajak atau dipindahmilik dengan cara apa sekalipun kepada bukan Bumiputera tanpa persetujuan Pihak Berkuasa Negeri

So di sini ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian

Sekiranya rumah leasehold; pemilik adalah bumi nak dijual kepada non bumi, ia agak susah. Boleh jual Cuma kena rujuk peguam hartanah yang berpengalaman dalam kes seperti ini. Sebab segala urusan mesti melalui PBN.

Sekiranya rumah freehold; ia bebas lakukan jual beli sama ada dari bumi kepada non bumi. Kecuali jika terdapat sekatan kepentingan pada hakmilik. Contoh dinyatakan lot bumiputera.

Pentingnya sebelum beli kena rujuk hakmilik dahulu.

4. Tempoh 99 Tahun 5 Keturunan Pun Tak Habis Lagi.

“Saya beli rumah leasehold ini 99 tahun pajakan. 5 keturunan pun boleh merasa.”

Ada yang salah kira tempoh tersebut. Tempoh tersebut bukan dikira bermula kita membeli rumah atau hartanah tersebut. Contohnya beli pada tahun 2000, tempoh pajakan 99 tahun. Kita sangka tamat tahun 2099. Itu salah tu.

Tarikh luput pajakan sudah dinyatakan pada muka surat hadapan hakmilik. Contohnya tamat pada 17 Jun 2050. Tarikh tamat pajakan sangat penting sebab ia melibatkan kelulusan pinjaman dengan bank.

Bank akan lihat berapa baki pajakan yang tinggal. Kebiasaannya bank tidak terima untuk baki pajakan yang kurang dari 40 tahun. Bergantung kepada bank.

perbezaan freehold dan leasehold

Apa Perbezaan Antara Freehold dan Leasehold?

Freehold atau leasehold. Semua itu sudah ditetapkan dalam hak milik. Tidak boleh diubah. Kecuali dari Pihak Berkuasa Negeri (PBN) secara mudah faham ialah kerajaan negeri.

Amat jarang berlaku. Tapi tak mustahil. Contohnya manifesto Kerajaan Negeri Sembilan untuk menukar status beberapa kawasan dari leasehold kepada freehold.

Perbezaan Freehold vs Leasehold ini saya huraikan secara ringkas sahaja.

  1. TEMPOH PEGANGAN

Freehold: pegangan selama-lamanya. Tiada tempoh had pegangan.

Leasehold: pajakan kebiasaannya 99 tahun. Sekiranya nak lanjutkan tempoh pajakan perlu mohon dengan PBN dan ada bayaran yang perlu dibuat iaitu ‘Premium’.

  1. PINDAH MILIK

Freehold: pindah milik tanpa perlu mohon kebenaran ‘consent’ dari PBN. Tapi ada sesetengah tempat walaupun hakmilik Freehold tapi perlu mohon consent. Contohnya beberapa Kawasan perumahan di Seremban 2 dan lain-lain tempat

Leasehold: nak pindah milik atau jual beli perlu mohon consent dari PBN. Bila nak jual rumah leasehold sekiranya pemilik adalah bumiputera agak sukar untuk jual kepada non bumi.

  1. LOKASI

Kebiasaannya tanah-tanah di bandar adalah leasehold seperti KL, Bangi, Puchong dll. Tapi bukan semua tempat di KL, Bangi, Puchong adalah leasehold. Ada juga sebahagian Freehold. Tapi kebanyakan adalah Leasehold.

  1. PENILAIAN HARTANAH

Kebiasaanya hartanah Freehold mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding Leasehold. Dalam keadaan penilaian perbandingan ‘Comparison Method’ kadar kenaikan 3-5% hartanah Freehold berbanding Leasehold. Ada cara kiraannya.

Tapi perlu compare apple to apple la ye. Contohnya 2 taman bersebelahan. Saiz yang sama dan jenis yang sama, beza hanya Freehold dan Leasehold sahaja. Jangan pula compare tanah di Jeli dengan Mont Kiara. Jauh sangat.

Sekiranya anda ada persoalan atau pertanyaan boleh tinggalkan di bahagian komen. 

Supaya saya dapat pertingkatkan kualiti artikel ini, mohon tinggal ‘rating’ di ruangan rating.

Rating:
5/5

Hubungi:  Rasyadan Hussin

Seorang Ejen Hartanah Berdaftar dengan BOVEA sejak 2015. No Pendaftaran REN 17585. Memiliki Sijil Harta Tanah (INSPEN). Kini bersama agensi iRealty Putrajaya.
HP: +6013-3440625 (klik untuk call)
+6013-3440625 (klik untuk whatsapp)

Emel: hartanahwow@gmail.com

www.hartanahwow.com

17 Comments

  1. Hanixch

    on said  

    Mcmna pula nk beli rumah leasehold 99tahun yg dah tamat pajakan. Penduduk di situ pun tidak memohon utk sambung pajakan. Adakah urusan ini legal? Selamat tak utk beli rumah tersebut?

    Reply
  2. zakaria

    on said  

    Boleh tak beri pencerahan. Ape yg dimaksudkan bayaran premium selepas tamat tempoh pajakan 99 tahun tu.. Adakah mengikut harga semasa tanah tersebut.. Apakah kesannya pada keluarga yang x mampu bayar premium tu.. Adakah rumah nya tergadai atau diambil oleh kerajaan..

    Reply
    • rasyadan.admin

      on said  

      yang dimaksudkan adalah bayaran untuk lanjutkan tempoh pajakan. kena buat sebelum tamat tempoh, tidak dinyatakan bila, cuma seeloknya 10 tahun sebelum tarikh tamat atau boleh rujuk pejabat tanah. kalau ikut undang-undang, tanah tersebut boleh diambil oleh kerajaan, biasanya kerajaan tak akan buat macam tu. better buat awal dan kutip duit dahulu dari keluarga

      Reply
    • rasyadan.admin

      on said  

      ia melibatkan sekatan dari pihak berkuasa negeri. perlu kebenaran iaitu consent

      Reply
  3. Zaleha

    on said  

    1/ harga jualan hartanah leasehold ni makin pendek tempoh pakajan akan makin murah kalau nak jual?
    2. Sekiranya kerajaan ingin mengambil tanah tersebut selepas habis pajakan adakah kerajaan akan membayar pampasan mengikiut harga kondomimium semasa ?
    3. Adakah setiap unit kondo dlm 1 tapak mempunyai tarikh pajakan yg dan renew yg.berbeza?

    Reply
  4. Mm

    on said  

    Kalau dah tamat tempoh pajakan, apa perlu di buat. Ada peluang ke untuk kami dapatkan semula dalam keadaan pemilik telah meninggal dunia. Dengan keadaan surat kuasa semua belum dilaksanakan. Apa perlu kami lakukan.

    Reply
  5. Raihan

    on said  

    Kalau dah tamat tempoh pajakan, apa perlu di buat. Ada peluang ke untuk kami dapatkan semula dalam keadaan pemilik telah meninggal dunia. Dengan keadaan surat kuasa semua belum dilaksanakan. Apa perlu kami lakukan tanah tersebut pun dah tamat.

    Reply
  6. Nazif

    on said  

    Menurut tuan, setelah beberapa tahun adakah leasehold utk kawasan perumahan landed akan lebih baik terjaga nilainya berbanding kawasan high rise?

    Reply
    • rasyadan.admin

      on said  

      terpulang kepada badan pengurusan. bukan berkaitan leasehold atau freehold
      tapi bergantung kepada JMB
      JMB pula bergantung kepada organisasi yang urus, kalau jujur cekap, insyaallah
      faktor lain seperti penduduk (bayaran maintenance fee)

      Reply
  7. Kasih

    on said  

    Dalam satu bangunan, ada kemungkinan ke terdapat status apt tersebut under leasehold dan juga freehold

    Reply
    • rasyadan.admin

      on said  

      tak mungkin. sebab leasehold atau freehold adalah berpandu pada tanah, bukan bangunan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.