CARA BELI RUMAH SECOND HAND

Cara Beli Rumah Second Hand Panduan Lengkap A-Z

Bila sebut beli Rumah Second Hand mesti ada krik-krik. Sebab apa?

Eh, tak nak la rumah lama. Mesti condition dah tak ok
Saya nak cari rumah baru, baru la best

Rumah second hand ‘Subsale’ adalah sangat sesuai dan menguntungkan. Sebab

  • Anda boleh runding harga dengan owner. Kena gaya, boleh dapat banyak diskaun
  • Sebelum beli anda boleh periksa jika ada kerosakan pada rumah dan kawasan rumah
  • Anda boleh kenal pasti kejiranan dan tahap keselamatan di kawasan tersebut
  • dan banyak lagi kelebihan beli rumah subsale

Kembali kepada topik asal, Proses A-Z  Panduan dan Cara Beli Rumah Second Hand

Cara Beli Rumah Second Hand Panduan Lengkap A-Z

Sebelum beli sesuatu hartanah, anda perlu tahu beberapa perkara penting.
Dalam apa-apa hal, ILMU sangat penting. Paling kurang dapat elak kita kerugian.
Paling teruk nak elak dari ditipu

7 Perkara Yang Penting Anda Kena Tahu Sebelum Beli Rumah adalah
(boleh terus klik untuk baca terus subtopik)

1. Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Dengan Bank
2. Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan / LPPSA
3. Cara Beli Rumah Second Hand
4. Cari Rumah Untuk Dibeli
5. Proses Jual Beli Rumah
6. Kos Beli Rumah Second Hand
7. Masalah dan Risiko Ketika Beli Biasa Dihadapi

1. Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Dengan Bank

Ada yang bertanya, “Bagaimana Cara Membeli Rumah Dengan Gaji Kecil?”

Kebanyakan graduan yang baru berkerja, biasanya gaji bulanan kurang daripada RM 3000 sebulan
Macam saya dulu gaji bulanan RM 1800 jer. Anak ada seorang time tu. Memang sakit tengah bulan.

Kalau beli rumah melalui ejen hartanah, biasanya ejen akan filter dulu kelayakan loan.
Secara kasarnya kiraannya guna

a) Debt Service Ratio (DSR)

[(Semua Komitmen + Ansuran Bulanan Rumah Nak Dibeli) dibahagi ( / ) dengan Gaji Bersih] x 100 =  %?

Jangan lebih dari 70%. Lebih dari 70% dianggap komitmen tinggi. Bank tak suka. Sebab ia risiko bagi bank

Macam mana nak kira Ansuran Bulanan Rumah Nak Dibeli?

  1. Anda boleh guna Mortgage Calculator, di web atau mobile apps atau
  2. Guna sifir mudah walaupun kurang tepat tapi boleh membantu. Iaitu Harga Rumah + 200 = Ansuran Bulanan

Ada yang bertanya, Ada ke Cara Beli Rumah Dengan Gaji Kecil?
Boleh, ada caranya

  1. Guna kiraan DSR dan padankan harga rumah guna formula di atas. Jangan lebih 70%
  2. Buat pekerjaan sampingan, paling kurang ada Payment Voucher
  3. Amalkan tabiat menyimpan dalam Tabung Haji, Unit Trust dan lain-lain
  4. Jangan tambah komitmen lain yang boleh ganggu DSR anda

b) Status Pekerjaan

Pekerjaan jawatan tetap ‘permanent’ makan gaji lebih disukai oleh bank. Bagi kes jawatan kontrak, anda masih ada harapan. Tapi kena ada supporting document yang kuat.

Bagi yang kerja sendiri dengan buka SSM atau commission earner (seperti Ejen Hartanah, Takaful dsb) ada cara yang boleh bantu untuk dapatkan pinjaman.

Ada cara yang mungkin kita tak tahu. Jadi kena bertanya dengan kenalan atau Ejen Hartanah

Antara perkara yang disukai bank yang berkaitan status pekerjaan ialah

  1. Ada payslip
  2. Pendapatan konsisten
  3. Ada caruman EPF / KWSP
  4. Ada EA Form (Cukai Taksiran Tahunan)

c) Apa Yang Bank Perlu Lagi?

  1. Tabiat suka menyimpan. Setiap bulan pastikan simpan walau sedikit dalam Tabung Haji atau mana-mana instrumen simpanan. Antara instrumen yang dipandang tinggi adalah Tabung Haji, ASB, Fixed Deposit dsb.
  2. Akhir bulan  akaun bank jangan bagi kering kontang sebelum masuk gaji baru. Bank nampak ia sebagai budaya boros. So pastikan ada baki yang relevan sebelum gaji baru masuk.

2. Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan  / LPPSA

Cara kira kelayakan pinjaman perumahan kerajaan iaitu dengan LPPSA agak berlainan berbanding bank

Contoh situasi
Gaji Pokok = RM 3500  
Elaun = RM 500 
Gaji Kasar = RM 4000 (gaji pokok + elaun)

(Elaun yang diambil kira hanya 3 jenis sahaja iaitu Elaun Tetap Perumahan (ETP), Imbuhan Tetap Khidmat Negeri / Wilayah (ITKN) dan Imbuhan Tetap Jawatan Khas /Utama (ITJK/U) )

Syarat LPPSA adalah ansuran / installment rumah yang nak dibeli hendaklah kurang 60% daripada Gaji Kasar
Gaji Kasar RM 4000
60% = RM 2400

Bermaksud ansuran rumah yang nak dibeli hendaklah tak lebih daripada RM 2400

Jika ikut sifir 200, anggaran harga rumah nak layak dibeli maksimum adalah RM 480,000

Umur Kelayakan Pinjaman & Tempoh Pinjaman

Umur kelayakan pinjaman adalah 1 tahun sebelum tarikh pencen. Dan pinjaman adalah selaman 30 tahun atau kurang.


3. Cara Beli Rumah Second Hand

Ada 2 cara beli rumah second hand iaitu

  1. beli rumah direct owner
  2. beli rumah guna ejen

Mungkin ada yang fikir, beli rumah terus dengan owner mesti dapat lebih murah.
Tapi tak semestinya. Ada owner yang memang strict dengan harga jualan walaupun direct dengan pembeli.

Jangan ingat, ejen yang menyebabkan harga rumah jadi mahal ye

Sebab ejen pun main peranan untuk jual rumah dengan lebih cepat. Sudah tentu ejen akan cuba match apa yang owner mahu dan permintaan daripada pembeli

Bukan main rembat nak untung banyak dengan komisen


4. Cari Rumah Untuk Dibeli

Ada banyak cara nak cari rumah untuk dibeli, antaranya

  1. Round di kawasan yang anda berminat, boleh lihat banner yang digantung atau tanya kejiranan di sana
  2. Lihat iklan online seperti iProperty, PropertyGuru, Mudah.my, HartanahWow 
  3. Rujuk di Page Facebook seperti HartanahWow atau Group Penduduk Setempat
  4. Hubungi Ejen Hartanah sekitar anda Contohnya Nilai, Seremban, Bangi, Kajang, Cyberjaya, Putrajaya dan sebagainya
  5. Terus hubungi saya sebagai ejen hartanah anda, khusus bagi pencarian hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan di talian 013-3440625 atau emel rasyadan.iconproperty@gmail.com

Sambungan point ke-5,

antara maklumat awal yang saya nak adalah

  1. Lokasi hartanah
  2. Bajet (maksimum)
  3. Jenis (teres, apartment dsb)

Sebelum tu anda boleh check sendiri DSR dengan formula yang dah diberikan Point-1

Bagi memudahkan anda mencari Hartanah untuk dibeli, boleh isi form dilink ini Isi Form Mencari Hartanah Untuk Dibeli (klik)


5. Proses Jual Beli Rumah Second Hand

“En, saya dah jual rumah saya tapi kenapa lama sangat nak dapat duit?”
Rumah Pn status leasehold ke freehold?
“Leasehold”
Patut la, leasehold ada consent, sebab itu lambat
“Saya ingatkan sama je dengan rumah freehold”

Proses jual beli rumah tak sama bagi semua rumah.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan ia berlainan

Contohnya Freehold dan Leasehold, Individual dan Master title, Low Cost dan Medium Cost, Loan Bank dan Loan Kerajaan. Semua berlainan

Bagi memudahkan kefahaman, saya bagi contoh dalam situasi bagi menjelaskan Proses Jual Beli Rumah

Jenis: Rumah Teres 2 Tingkat
Lokasi: Bangi, Selangor
Tenure: Freehold (Pegangan Kekal/Bebas)
Harga: RM 500,000
Status: Individual Title
Loan: Bank

#1 Tahu Kelayakan Pinjaman & Bajet Anda

Sebelum nak beli rumah.
Periksa dulu kelayakan loan anda. Berapa maksimum harga rumah yang boleh dibeli.
Cara kira kelayakan boleh rujuk Point 1 dan 2 di atas

Walaupun kelayakan loan anda memang tinggi, set juga bajet maksimum berapa
Nak beli rumah kena fikir-fikir juga

Fikir komitmen lain, simpanan, pelaburan lain, perlindungan dan lain-lain
Dah set bajet semua

Proceed

#2 Cari Rumah Yang Anda Nak

Alang-alang dah baca artikel saya, boleh terus contact saya, khususnya bagi yang mencari hartanah di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Detail rujuk Point Ke-4

#3 Bayar Booking & Sign OTP

Bila anda dah berkenan dan view rumah tersebut. Anda boleh bayar booking kepada agensi hartanah (jika beli guna ejen), jika beli direct owner kena bayar kepada peguam (melalui client account lawyer)


“Wajib ke tengok rumah?”

Mesti lah wajib, banyak benda perlu ditengok

Boleh baca Panduan Ketika View Rumah Nak Dibeli sebagai panduan anda untuk periksa kerosakan dan elak kerugian

Kena clarify dengan owner hal berkenaan kerosakan adalah ditanggung oleh owner atau tidak. Dan juga jika dijual bersama perabot (fully atau semi furnished). Dinyatakan dalam SPA


Bila dah view dan berkenan. Terus bayar booking. Jangan lengah-lengah. Sebab first come first serve. Ejen kena cepat sebab owner pun nak cepat.

Sebelum booking, sila isi borang dahulu.
Iaitu borang booking atau Offer To Purchase (OTP), ada orang panggil Letter of Acceptance (LOA)


Apa yang perlu diberi perhatian dalam booking form / earnest deposit form?

    1. Pastikan dinyatakan earnest deposit /booking dikembalikan (refund) jika loan tak lulus. Baca juga Adakah Booking Dikembalikan Jika Loan Tak Lulus?
    1. Jika anda berhajat untuk keluarkan wang EPF bagi pembayaran deposit, sila minta persetujuan dari owner dan dinyatakan dalam OTP
    1. Anda mesti alert dengan klausa yang nyatakan Perjanjian Jual Beli (SPA) mesti ditandatangani dalam masa 14 hari selepas tandatangan OTP. Biasanya ejen akan lanjutkan sehingga 21 hari.
    1. Dalam OTP juga anda boleh bersetuju untuk nyatakan Subject To 90% Loan Approval. Ini penting, jika anda tak dapat 90% margin of finance, anda terpaksa kena topup duit sendiri.
  1. Jika anda mahu gunakan loan kerajaan, anda mesti nyatakan sebelum sign OTP dan perlu minta persetujuan owner. Sebab loan kerajaan biasanya lambat dan akan sign SPA dahulu sebelum memohon pinjaman

Bagaimana Nak Bayar Booking Dengan Selamat?

  1. Jika beli melalui ejen, pastikan ejen tersebut berdaftar dengan agensi hartanah berdaftar
  2. Jika deal dengan ejen, pastikan bayar melalui client account agensi hartanah
  3. Isi dan fahami OTP Form
  4. Jika beli direct owner, bayar melalui client account lawyer firm yang berdaftar dengan Bar Council.
  5. Pastikan booking anda dikembalikan jika loan tak lulus

Biasanya bayaran booking adalah 3.18% dari harga jualan (selling price)

#4 Dapatkan Dokumen Owner & Sediakan Dokumen Anda

Dalam masa yang sama, dapatkan dokumen owner. Ia sebagai pengesahan dan juga untuk permohonan pinjaman. Antara dokumen yang diperlukan ialah

  1. Salinan IC
  2. Geran
  3. SPA
  4. Strata title (jika berkaitan)

Dokumen anda yang diperlukan ialah

  1. Salinan IC
  2. Payslip 3 bulan (bagi kerja makan gaji)
  3. Bank statement 3 bulan
  4. EPF Statement
  5. EA Form

#5 Apply Loan

Antara kelebihan anda beli rumah guna ejen hartanah ialah, ejen biasanya akan bantu anda untuk buat permohonan pinjaman.

Ejen ada banyak networking dengan banker dan juga mortgage broker. Dan biasanya ejen akan hantar dokumen kepada ramai banker

Peluang untuk lulus akan lebih besar.

Bagi pembeli beragama Islam MESTILAH memohon Pembiayaan Rumah (Home Financing) iaitu ‘Islamic Loan’

Tips berurusan dengan banker:

  1. Susun dokumen loan dengan kemas dan teratur
  2. Serah dokumen yang lengkap
  3. Bila anda tak bersetuju untuk terima Letter Offer loan, tolak dengan baik. Paling bagus belanja dia makan. Sebab dia dah buat kerja untuk anda.

#6 Cari Peguam Hartanah

Bila loan dah lulus, cepat-cepat hubungi peguam. Minta prepare SPA. Hak untuk melantik lawyer adalah hak pembeli. Ejen hanya bantu sahaja

Boleh baca Bagaimana Pilih Peguam Hartanah Yang Bagus

#5 Tandatangan SPA

Pastikan letter offer dari bank dah keluar, baru anda sign SPA. Perkara yang anda perlu check bagi letter offer loan adalah

  1. Jumlah pinjaman dan margin of finance (MoF)
  2. Interest loan
  3. Tenure pinjaman

Semasa sign SPA akan perlu membayar 6.82% dari jumlah harga jualan iaitu jumlah keseluruhan adalah 90%. Ini bagi kes MoF 90%.

Periksa SPA adakah sama dengan OTP seperti yang dipersetujui

#6 Proses Selepas SPA

Selepas SPA, tugasan semua adalah di bawah lawyer secara rasminya. Ejen akan membantu sahaja. Bagi kes freehold. Ia akan ambil masa selama 3 bulan selepas sign SPA untuk dapat kunci.

Dalam tempoh ini banyak perkara akan berlaku seperti redemption loan, disbursement, periksa tunggakan dan lain-lain.

Dalam tempoh ini segala hal berkaitan rumah adalah di bawah tanggungjawab owner seperti

  • bayaran sewaan
  • bayaran installment
  • utilities
  • kerosakan

#7 Serah Kunci

Sebelum kunci diserah, anda periksa dahulu kerosakan yang bukan sedia ada iaitu yang berlaku selepas sign SPA. Masa ini rumah adalah dah jadi milik anda.

proses jual beli rumah malaysia


6. Kos Beli Rumah Second Hand

Kos belirumah second hand agak banyak berbanding beli rumah baru dari pemaju. Antara kos adalah bayaran

    • legal fee (SPA dan MoT)
    • valuation fee
    • takaful (MRTT/MLTT)
  • deposit 10%

Sila baca artikel Kos Jual Beli Rumah untuk panduan dan persediaan anda.


7. Masalah dan Risiko Ketika Beli Biasa Dihadapi

Beli rumah adalah impian setiap orang sebab ia adalah satu keperluan. Tapi anda jangan lupa ada juga beberap kes yang melibatkan masalah dan juga ada risiko.

Saya hanya list down dahulu dan jika ada masa saya akan detailkan. Jika ada persoalan anda boleh kemukakan diruangan komen di bawah.

    1. Risiko bila loan tak lulus
    1. Masalah loan approve tak sampai 90%
    1. Lawyer lambat buat kerja
    1. Owner ubah fikiran, naikkan harga jualan
    1. Masalah bila beli rumah pusaka
    1. Owner bankrap
    2. Risiko beli rumah yang masih status master title
    1. Risiko bila batalkan beli rumah selepas booking
    1. Rumah 2 penama
  1. Risiko beli rumah owner dah bercerai

Sekiranya artikel bermanfaat untuk anda. Mohon untuk berikan review di link Google My Business saya

Klik link ini Google My Business Rasyadan

Saya sedia bantu anda untuk beli rumah, tanah, kedai, ofis, kilang dan sebagainya khususnya di area Lembah Klang dan Negeri Sembilan

Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
: HP: 013 344 0625 (whatsapp/call/SMS)
: EMEL: hartanahwow@gmail.com
: WEB: www.hartanahwow.com
: FB: Hartanah Wow

Irealty Putrajaya

26 Comments

  1. Mohd Hanif bin Harun

    on   said 

    Saya berhasrat untuk jumpa Tuan, utk pelajari ilmu jual.beli rumah. Buat masa sekarang ni saya mempunyai dua biji rumah dan satu rumah saya tu Saya bercadang untuk buat refinance.. jadi saya perlukan seorang Sifu untuk menuntut ilmu kerana duit refinance itu nanti Saya bercadang untuk beli rumah ketiga untuk dibuat sewa pada student.. mohon bantuan dan saya sanggup bayar untuk ilmu ini

    Reply
    • admin

      on   said 

      maaf atas kelewatan balas komen.
      lebih elok Tuan berjumpa dengan Pelabur Hartanah yang betul2 dan mahir. saya hanya seorang ejen hartanah yang ilmu pun tak banyak
      Tuan wassap saya 013-3440625
      saya bagi no HP kawan2 yang investor

      Reply
  2. norhidayah ghazali

    on   said 

    Assalamualaikum encik, saya telah membeli sebuah rumah subsale dan saya telah mendapat kunci rumah pada penghujung July’18. Persoalan saya ialah:

    1. Saya dikehendaki membuat pembayaran bulanan bermula pada bulan May’18 kepada bank dan malangnya saya masih belum mendapat kunci pada masa tersebut. Perkara ini berlanjutan sehingga bulan July’18.

    2. Dalam pada masa yang sama, rumah tersebut masih didiami oleh pemilik lama (rumah disewakan). Dalam tempoh lebih kurang 2 bulan ini, apakah status rumah tersebut? Adakah masih milik owner lama atau rumah itu sudah bertukar milik saya? Jika rumah itu sudah menjadi milik saya, bolehkah saya meminta jumlah yang telah sy bayar selama 3 bulan daripada owner lama?

    Terima Kasih.

    Reply
    • admin

      on   said 

      Master title nama pemunya masih di atas Developer
      sekiranya high rise, tiada strata lebih 10 tahun, loan pembeli agak susah untuk dapat. hanya certain bank bagi

      Reply
  3. Salehan

    on   said 

    Saya dalam proses untuk beli rumah low cost di Seremban 2 , N9. masalah saya, saya baru dapat tahu yang syarat untuk membeli rumah low cost, mestilah rumah pertama bagi suami isteri. tetapi isteri saya sudah ada rumahnya sendiri sebelum kami berkahwin. Adakah permohonan untuk pembelian rumah low cost terbatal kalau isteri saya sudah membeli rumah. atau ada cara untuk membuat rayuan kepada kerajaan negeri.

    Reply
  4. Bella

    on   said 

    Saya dalam process beli rumah subsale di Vista Lavender, under Talam before ni.Rumah ni under master title lg.Soalan saya
    1. Saya dah submit loan tp saya baru tahu ada promotion kalau loan lebih dari yang sy mohon.(cth: 1st submit 100k, kalau loan 120k interest lagi rendah).Boleh ke saya resubmit loan tu dengan amount loan yg lain?
    2. Selain PBB, bank mana lagi yang boleh submit loan utk master title?
    3. Possible ke sy akan dpt strata title lepas beli rumah subsale ni?
    4. Boleh advise berapa fees yang sy kena bayar utk tukar dr master title ke strata title?

    Reply
    • admin

      on   said 

      Salam Cik. Bagi kes Talam cik perlu melantik peguam yang sudah biasa handle kes Talam.

      1. Kalau nak submit ke bank lain, jarak jangan lama sangat sebab risau sudah masuk ccris. ada sesetengah kes, bank lain akan terus cancel loan jika sudah submit ke bank lain.
      2. Ambank pun boleh
      3. Isu strata perlu rujuk kepada dev/liquidator
      4. perlu juga rujuk kepada dev/liquidator

      Reply
  5. Sy nak beli rumah secondhand… Just a bit confuse…. Bayaran for lawyer bank and lawyer Snp sape yg kena byr ya… And pls advice for the property rm 230k..brapa estimation for the lawyer Snp and lawyer bank yg kena bayar… Tq

    Reply
    • admin

      on   said 

      Untuk rumah subsale, bayaran lawyer bank dan lawyer SNP ditanggung oleh pembeli sepenuhnya.

      Tapi ada juga bank masukkan kos lawyer bank (loan agreement) ke dalam loan

      Untuk dapatkan actual fee kena refer kepada lawyer. ada beberapa part yang fee berlainan

      terima kasih

      Reply
  6. salim emam

    on   said 

    salam en….saya ada rumah di n9 nak beri pada anak ,pada masa yg sama perlukan loan untuk buat ubahsuai seperti jual pada anak sendiri , adakah perlukan peguam juga. rumah dah selesai pinjaman kerajaan.

    Reply
  7. Farah

    on   said 

    Askm..nk tnye…de tak timeline required utk lawyer comply after 1sr loan amount disburse to vendor? Means banker buyer dh disburse partial amount to banker seller. Any timeline brpe lme lawyer kena settlekan everything to process 2nd or final disburse?tq in advance..

    Reply
  8. Masjiah binti Arde

    on   said 

    As Salam & Hi..
    Saya & suami berniat membeli 1 unit rumah teres 2 tingkat kos rendah.. pada awalnya kami hanya mau sewa tapi bila berbincang dengan owner dia mau sewa & terus beli.. maksudnya sewa beli.. deposit 2+1 sahaja.. dia menawarkan 170k kepada kami.. habis bayar tukar nama.. mohon pandangan kepada admin.. ini adalah rumah pertama kami.. saya berharap tiada unsur penipuan kerana tidak biasa berurusan berkaitan hartanah ini.. terima kasih..

    Reply
    • admin

      on   said 

      Wassalam. sebaiknya elak sewa dan beli. banyak isu akan timbul pada masa akan datang. sebab tiada legal binding dalam masa sewaan. wassap saya Puan. 013-3440625. saya explain details

      Reply
  9. Tuan, saya telah membeli rumah strata pada 2015, lawyer pihak bank telah masuk ke dalam loan rumah subsale saya namun geran dan strata tittle tidak ada pada saya. adakah sy perlu minta pada bank atau hubungi lawyer bank kerana pindaan strata masih belum di tukar

    Reply
    • admin

      on   said 

      untuk urusan berkaitan strata boleh rujuk kepada lawyer SPA dan juga Developer

      sekiranya artikel dan maklumbalas saya ini bermanfaat untuk Puan, mohon untuk berikan review di link di bawah

      https://bit.ly/2Xck8BJ (Google My Business)

      Reply
  10. Tuan, saya telah membeli rumah strata pada 2015, lawyer pihak bank telah masuk ke dalam loan rumah subsale saya namun geran dan strata tittle tidak ada pada saya. adakah sy perlu minta pada bank atau hubungi lawyer bank kerana pindaan strata masih belum di tukar @ urusan tukar milik strata telah di buat oleh lawyer bank tersebut

    Reply
    • admin

      on   said 

      untuk urusan strata Puan boleh rujuk kepada lawyer SPA atau Developer.

      sekiranya artikel dan maklumbalas saya ini bermanfaat untuk Puan, mohon untuk berikan review di link di bawah

      https://bit.ly/2Xck8BJ (Google My Business)

      Reply
  11. sarizan

    on   said 

    As Salam Tuan.macam mana cara beli membeli rumah subsale yang melibatkan lebih dari 4 orang penama.adakah ada proses atau prosedur lain?minta pencerahan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge