Blog

Check out market updates

Cara Memohon Skim Mydeposit Rumah Pertama 2018 Secara Online

Cara Memohon Skim Mydeposit Rumah Pertama 2018 Secara Online

2,000 unit rumah di bawah program Mydeposit untuk membantu pembayaran deposit dan program MyHomes untuk pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik dan RM200 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia,” 

Untuk makluman, skim ini sudah tiada buat masa ini dan sebenarnya untuk pembelian rumah dengan pemaju sahaja

Petikan ucapan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib dalam pembentangan Bajet 2018 

Berita gembira buat semua termasuk saya juga. Sebab apa,

Antara cabaran untuk membeli rumah ialah menyediakan deposit 10% secara cash. Sekarang kerajaan dah bantu, so kena rebut betul-betul peluang ini.

Skim ini terhad kepada 2000 permohonan sahaja dan tempohnya antara 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018 (2 bulan sahaja)

Cara Memohon Skim Mydeposit Rumah Pertama 2018
Secara Online

 Cara Memohon Skim Mydeposit

  1. Masuk ke web https://sprn.kpkt.gov.my/
  2. Daftar akaun
  3. Selepas selesai daftar akaun, anda dikehendaki kemaskini profil pengguna
  4. Maklumat yang diperlukan untuk dikemaskini ialah maklumat detil anda, maklumat detil pasangan anda, maklumat detil majikan anda atau syarikat anda, maklumat detil tanggungan anda
  5. Anda juga dikehendaki untuk muatnaik (upload) beberapa dokumen seperti salinan ic, penyata gaji, akuan bersumpah jika bujang atau bekerja sendiri, CCRIS dan lain-lain
  6. Selepas selesai kemaskini, pilih Skim MyDeposit klik https://sprn.kpkt.gov.my/info/mydeposit 
  7. Semak keputusan di status permohonan
  8. Terima tawaran

Cara Memohon Skim Mydeposit

Antara Topik Lain Yang Saya Kongsikan
(Boleh klik terus atau skrol ke bawah)

  1. Tujuan MyDeposit
  2. Tempoh Permohonan Dibuka
  3. Aliran Proses Permohonan MyDeposit
  4. Syarat dan Kelayakan Permohonan MyDeposit
  5. Kriteria Pembelian Projek Perumahan Yang Dibenarkan
  6. Dokumen Wajib Permohonan
  7. Cari Rumah Idaman Anda

Tujuan MyDeposit

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan (M40) memiliki rumah pertama. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah

Tempoh Permohonan Dibuka

Tempoh permohonan dibuka selama 2 bulan iaitu bermula 15 Disember 2017 sehingga 15 Februari 2018. Dan ia terhad untuk 2000 permohonan sahaja.

Aliran Proses Permohonan MyDeposit

Aliran proses permohonan boleh rujuk Cara Memohon Skim MyDeposit Rumah Pertama 2018 Secara Online dan juga poster di bawah.

aliran proses mydeposit

Kredit HartaBumi

Isi borang permohonan
– Permohonan akan dibuka pada tahun hadapan. Borang ini penting untuk semakan Jabatan Penilaian Permohonan.
Bila permohonan dah lulus:
Anda akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit
– Surat Tawaran inilah yang akan jadi ‘cagaran’ untuk biaya deposit 10% rumah anda.
Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan
– Pinjaman perumahan perlu disemak dan dimohon sebelum tanda tangan Perjanjian Jual Beli (S&P). Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.
Tanda tangan S&P
– Selepas pemohanan pinjaman perumahan berjaya, anda boleh tandatangan perjanjian S&P. Jika rumah yang dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’ kos guaman bagi S&P.
Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman
– Anda akan terima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.
Bila dah selesai tanda tangan surat tawaran:
Penjual atau Pemaju akan membuat tuntutan deposit 10% tadi kepada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit tadi.
Kerajaan akan membayar deposit tersebut dan akan melakukan pemantauan projek.
Ambil perhatian:
Ada ‘setback’ tentang skim ini dimana anda tidak boleh menjual hartanah tersebut dalam masa 10 tahun

Syarat dan Kelayakan Permohonan MyDeposit

• Warganegara Malaysia
• Berumur 21 tahun dan ke atas
• Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu
isi rumah adalah TIDAK LAYAK.
• Pendapatan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000

Kriteria Pembelian Projek Perumahan Yang Dibenarkan

Kriteria Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :
• Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
• Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
• Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
• Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK

Skim ini hanya untuk pembelian rumah baru (New Development) sahaja. Rumah subsale “secondary market” tidak boleh.

Dokumen Wajib Permohonan

Senarai dokumen (mandatori) yang perlu dimuatnaik dalam Sistem MyDeposit (format: .pdf)

• Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
• Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran tanggungan
• Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
• Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil penceraian
• Akuan Bersumpah pengesahan bujang
• Akuan Bersumpah bekerja sendiri/ tidak bekerja
• Surat pengesahan majikan pemohon dan pasangan. Maklumat diperlukan: status perkhidmatan/ perkerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan
• Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
• Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan pemohon dan pasangan
• Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
• Surat tawaran /pengesahan terkini pembelian rumah daripada pemaju perumahan berlesen
• Surat sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan
• Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini

Cari Rumah Idaman Anda

Jika anda layak dengan kriteria-kriteria di atas, terus cari rumah idaman anda melalui

Ada banyak cara nak cari rumah untuk dibeli, antaranya

  1. Round di kawasan yang anda berminat, boleh lihat banner yang digantung atau tanya kejiranan di sana
  2. Lihat iklan online seperti iProperty, PropertyGuru, Mudah.myHartanahWow 
  3. Rujuk di Page Facebook seperti HartanahWow atau Group Penduduk Setempat
  4. Hubungi Ejen Hartanah sekitar anda Contohnya NilaiSerembanBangi, KajangCyberjaya,Putrajaya dan sebagainya
  5. Terus hubungi saya sebagai ejen hartanah anda, khusus bagi pencarian hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan di talian 013-3440625 atau emel rasyadan.iconproperty@gmail.com

Boleh juga rujuk artikel Cara Beli Rumah Second Hand

2 Comments

  1. if korang kerja swasta atau kerajaan yang dah bertahun tahun apply loan rumah tapi asyik kene reject tu , korang boleh type benahous.com di google untuk semak kelayakkan ..rumah landed dia murah gile.. B40 macam ambe pun dah berjaya dpt rumah zero deposit tau..if korang kerja swasta atau kerajaan yang dah bertahun tahun apply loan rumah tapi asyik kene reject tu , korang boleh type benahous.com di google untuk semak kelayakkan ..rumah landed dia murah gile.. B40 macam ambe pun dah berjaya dpt rumah zero deposit tau..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.