6 Langkah Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah, 6 Sebab Kenapa Best Sangat
6 Langkah Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah,
6 Sebab Kenapa Best Sangat
Best sangat ke jadi ejen rumah?
Ko tak takut ke jadi ejen? Kan sekarang ni ekonomi jatuh
Kerja tak de basic, malas aku!
Eh, tak pandai la nak cerita pasal hartanah
Dialog ini biasa didengari bila sebut tentang Kerjaya Ejen Hartanah. Tentang best atau yang tak best, kita cerita kejap lagi, Sekarang nak cerita tentang Cara Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah
Cara Mulakan Kerjaya Ejen Hartanah: Panduan Penting Untuk Newbies
#1 Tanya Diri Anda, Adakah Ada Sekelumit Minat Sebagai Ejen Hartanah
Bila sebut tentang kerjaya yang melibatkan servis, perkara utama yang perlu ditekankan adalah Passion. Ye Passion membantu orang.
Ah, Aku tak minat lah
Nanti dulu, walaupun anda tiada minat dalam kerjaya ini.
Adakah anda boleh paksa anda minat untuk menjadi ejen hartanah?
Ada sesetengah orang, pada awalnya tidak meminati sesuatu pekerjaan, tapi lama-kelamaan minat itu berputik dalam diri. Sebab apa?
Mungkin ada faktor dalaman seperti masalah kewangan, kekangan masa, keluarga dan sebagainya. Minat boleh dipupuk.
Yang penting sanggup untuk belajar!
#2 Survey Agensi Hartanah Yang Anda Minat
Anda dah boleh start mencari agensi hartanah yang anda mahu. Macam mana nak pilih?
- Ikut peraturan: Pilih agensi yang patuh pada peraturan undang-undang supaya kerjaya anda selamat
- Lokasi: Pilih yang berhampiran dengan kediaman anda. Mungkin jarak radius 40km. Tapi sebenarnya amat jarang masuk ofis.
- Latihan: Agensi yang sediakan kursus dan latihan kepada ejen
- Agensi yang menawarkan projek-projek baru yang banyak. Mudah untuk ejen jualkan
- Agensi yang tawarkan reward dan hadiah yang menarik
Jap, jangan salah faham. Pilih di sini bukan bermaksud terus sertai. Tapi survey dahulu. Sebab jika nak sertai agensi hartanah, anda perlu hadiri sekurang-kurangnya Kursus Perunding Hartanah ‘Real Estate Negotiator Course’ (REN Course).
Perunding Hartanah (dibaca Ejen Hartanah) wajib berdaftar dengan agensi dan mempunyai nombor seperti nombor saya REN 17585.
Sebelum diterima masuk ke dalam agensi, seperti biasa sesi temuduga akan dibuat. Biasanya syarat-syarat ini dikenakan
- Sepenuh masa (full time) diutamakan
- Sekiranya part time, masa perlu fleksibel atau wajib hadiri beberapa kursus iaitu komitmen
- Ada pengangkutan
- Extra/Bonus sekiranya anda mampu berbahasa inggeris dan mandarin
Agensi hartanah tempat saya berkhidmat juga masih ada kekosongan iaitu Ireal Property Sdn Bhd (iRealty), hubungi saya segera untuk sertai.
Hubungi 013-3440625. Atau tekan link whatsapp www.wasap.my/60133440625
#3 Hadiri Kursus Perunding Hartanah ‘REN Course’
Kursus ini wajib dihadiri oleh semua yang mahu menjadi Ejen Hartanah Berdaftar.
Jangan risau, bukan satu semester, tapi hanya 2 hari sahaja kursus
Bayaran sekitar RM 600
Selepas sertai kursus, anda akan dapat Sijil Penyertaan yang diiktiraf oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (BOVEA)
REN Tag akan diperolehi selepas anda attach dengan agensi hartanah. So lepas join kursus, cepat-cepat ke Agensi hartanah yang anda survey tadi.
#4 Niat Bantu Orang & Diri Sendiri
Niat kita bekerja adalah untuk cari nafkah untuk keluarga kita. Masa yang fleksible.
Dalam masa yang sama, untuk bantu orang lain yang hadapi masalah. Contohnya owner yang nak jual rumah, yang hadapi masalah seperti
- Masalah kesihatan, perlukan duit segera
- Masalah kewangan
- Harta pusaka
- dan lain-lain
Begitu juga dengan pembeli, yang perlukan rumah yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet mereka
#5 Ambil Masa Untuk Belajar
Ambil masa betul-betul untuk belajar dalam masa sama untuk dapatkan sale.
Ali: Apa yang nak kena belajar Tuan?
Abu: Banyak!
Ali: Ermm. Apa yang perlu diutamakan dahulu?
Abu: Ha ah. Belajar dulu tentang Proses Jual Beli. Fahami betul-betul tentang undang-undang
A) Belajar Tentang Proses Jual Beli, Ilmu Berkaitan Hartanah
Hartanah banyak jenis dan banyak status hartanah, seperti freehold, leasehold, kaveat, master title dan sebagainya. Setiap jenis dan status akan bagi kesan kepada proses jual beli. Lihat Contoh Aliran Proses Jual Beli
B) Ilmu Bank
Ilmu tentang bank sangat penting, sebab kalau tak lulus loan, sale pun tak dapat.
Paling kurang ejen fahami serba sedikit tentang pinjaman. Contohnya
- Cara kira kelayakan loan
- Proses loan bank dan kerajaan
- Refinance
- dan lain-lain
C) Ilmu Marketing
Yang ni paling best dan penting. Ilmu untuk kita pasarkan produk atau listing (senarai hartanah untuk dijual/disewa dipanggil sebagai listing)
Ada 2 jenis marketing
- Offline: Flyer, Banner, Bisnes Kad dsb
- Online: Facebook, Mudah.my, iProperty, PropertyGuru, SEO, Cold Call dsb
Kesemua ini perlu dipelajari. Yang paling penting juga ialah ilmu Networking.
Nanti kita sembang banyak bila dah join iRealty
D) Kursus dan Latihan Yang Disediakan & Anjuran Luar
Agensi juga sediakan kursus yang wajib dihadiri oleh semua ejen.
Banyak lagi yang perlu dipelajari seperti Cara Semak Nilai Pasaran ‘Market Value’, Membuat Proposal Listing dan lain-lain.
E) Me’Ngeteh’ Bersama Ejen Senior
Part ini saya suka. Jumpa ejen yang berjaya. Tanyakan tips dan nasihat mereka. Tahu tentang kekuatan mereka untuk kita belajar dan contohi. Kelemahan mereka, kita tak yah tahu. Kita nak belajar, bukan judge orang.
#6 Listing Is Weapon
Mesti ramai bertanya, apa tu Listing? Senarai apa?
Listing tu bermaksud Senarai Hartanah Untuk Dijual/Disewa atau bahasa mudah ia dipanggil sebagai Produk
Setiap ejen wajib ada listing, bukan hanya bergantung kepada listing ejen lain.
Bagi yang tiada listing, tetapi ada bawa pembeli. Ia dipanggil sebagai Co-Agency “Bekerjasama Antara 2 Ejen/Agensi”
Macam Mana Nak Dapatkan Listing?
Nak dapatkan listing adalah melalui Marketing seperti poin Nombor 5 (C). Biasanya bagi ejen baru, mereka ditugaskan untuk membuat Cold Call ‘Panggilan Sejuk’ bukan hangit =). Cold Call boleh dibuat menerusi
- Senarai rumah nak dijual oleh owner ‘For Sale By Owner’. Boleh rujuk di Mudah.my pada bahagian Private
- Di surat khabar The Star atau mana-mana surat khabar. Pilih iklan yang tiada nombor Kod seperti REN dll
- Naik kereta atau motor round taman, sambil-sambil catat nombor telefon pada banner atau poster yang digantung oleh owner nak jual rumah
- Jumpa orang, bagi bisnes kad
- Sebar kat wassap/facebook penduduk atau taman
- dan banyak lagi cara
Set Farming Area Dulu
Farming area ni seperti tempat yang kita expert, abang long kawasan la bahasa zaman sekarang. Orang tanya market valuer, terus kita boleh jawab. Orang tanya rate sewa, semua dalam kepala kita. Syarat untuk pilih farming area adalah
- Radius 30km atau lebih kurang dari kediaman kita. Sebab mudah untuk bergerak dan jimatkan kos dan masa perjalanan. Rujuk buku How To Become A Power Agent in Real Estate oleh Daryyl Davis
- Demand tinggi, dalam banyak-banyak lokasi, pilih yang demand tinggi. Mudah nak close
Kelebihan Menjadi Ejen Hartanah, Kenapa Best Sangat
#1 Masa Yang Fleksibel
Ejen hartanah hanya bertugas pada masa yang minima dan efektif. Ada ejen yang saya kenali, hanya bekerja 2-3 hari seminggu. Atau dapat close yang besar. Rehat sebulan.
Yang utama kena rancang jadual masa dan target untuk close sale.
Jangan salah faham, walaupun masa fleksibel tapi tanggungjawab terhadap client tetap kena jaga.
#2 Income atau Komisen Yang Tiada Had
Anda yang boleh tentu dengan usaha dan tawakkal. Ada satu cerita yang sangat termotivasi. Iaitu ada seorang ejen wanita yang hanya bermula tak sampai setahun, tapi rezeki dapat close sebuah kilang di Shah Alam yang bernilai RM 30juta. Bermakna dia dah dapat lebih kurang RM 400,000. Itu baru satu case!
Itu contoh nak bagi nampak sedap. Ada juga deal dah cantik, tapi akhirnya tak dapat close. Dunia sale. Inilah rencamnya.
Fee yang dikenakan oleh agensi kepada penjual ‘owner’ adalah 3%. 40% daripada 3% itu adalah Professional Fee bagi ejen, ditambah pula dengan kos disbursment.
Yang bestnya berpeluang mendapat reward yang agensi tawarkan. Percutian, gajet, wang tunai dan sebagainya. Ia sebagai penghargaan atas usaha kita.
#3 Networking Dengan Banyak Pihak
Ejen hartanah biasanya akan selalu berhubung dengan banker dan lawyer. Hampir setiap minggu whatsapp, call, email. Hubungan baik dengan semua orang, termasuk juga penilai ‘valuer’, pejabat tanah, PBT dan lain-lain
#4 Multiple Commission
Jangan terkejut, ejen hartanah sebenarnya mendapat banyak komisen dari sumber berlainan. Bila kita submit case kepada lawyer, lawyer akan berikan referral fee biasanya dalam 10-40% daripada Professional Fee lawyer. Banyak juga. Ada kes sampai dapat 1000 lebih. Dapat belanja isteri dan anak-anak makan.
Ada sesetengah kontraktor tawar kepada ejen untuk bagi referral fee jika ejen dapat rekemen orang untuk baiki atau renovate rumah.
dan ada beberapa pihak, semua atas dasar kerjasama, kepercayaan
#5 Ilmu dan Pengalaman Berharga
Secara tak langsung, apabila terlibat dalam hartanah, automatik minta ejen akan alert tentang pembangunan setempat, isu kewangan, isu undang-undang tanah, hal pusaka, insolvensi kes bankrap.
Tak dapat tidak, ejen pun kena belajar dan ambil tahu. Satu bonus untuk ejen juga
#6 Cabang Yang Besar
Jadi ejen hartanah, bukan hanya terhenti setakat urus jual beli sewa hartanah. Bidang hartanah sangat luas. Ada property management, ada lelongan dan lain-lain.
Bagi REN ‘perunding hartanah’ ia hanya permulaan, boleh naik ke PEA, REA untuk buka agensi pun boleh. Luas lagi perjalanan.
Semua dapat faham. Apa lagi. Hubungi saya segara untuk join
Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
# FB: Hartanah Wow
# HP: 013 344 0625 (whatsapp/call)
# EMEL: hartanahwow@gmail.com
# WEB: www.hartanahwow.com
iReal Property Sdn Bhd
Mohd Hafis bin zulkaflee
on said
Saya nak buat kerja ejen Hartanah Part time boleh ke??
admin
on said
tinggal mana? boleh wassap saya 013-3440625
Amir
on said
Saye berminat menjadi ejen sepenuh masa tp saya dok di seremban.
admin
on said
hantar resume rasyadan.iconproperty@gmail.com
Muhammad Wafi
on said
saya ingin ubah kehidupan saya kepada lebih berkualiti lagi. singgah di laman tuan merupakan langkah perubahan yang pertama pada saya. apa yg patut saya lakukan?
admin
on said
Tuan perlu tahu apa target tuan dan bidang apa yang jadi passion Tuan.
Mohd Naza
on said
Assalamualaikum
Sy ingin jadi Agent hartanah dan property….saya sebelum tolong cari kn orang rumah sewa dan dpt commision dari Agent. ..now saya fikir nak jadi Agent sebab saya dah ada 2 buyer rumah dan 1 buyer tanah…..
Mcm mna cara nye Tuan…Dan saya tak kelulusan pendidikan tinggi sy belajar setakat SPM shj
Harap sy dpt bantu nasihat dari pihak tuan.
Laili
on said
Kat mana nak beli buku tu?
Yatie Yunus
on said
Salam En Rasyadan, kebetulan saya sedang survey peluang untuk menjadi agen hartanah. Nota En Rasyadan amat membantu. Terima kasih
admin
on said
wslm. terima kasih Pn. Semoga berjaya dan konsisten
Duan
on said
Salam sy bekas jurutera yg baru berhenti.sekarang tgh jual nasi lemak pagi2.sy berminat no jadi perunding hartanah.sy ada sedikit berpengalaman dalam online marketing.mcmana nk jadi perunding hartanah ye?
Fadzli
on said
Saya seorang arkitek. Saya berminat untuk menjadi ejen hartanah. Boleh tuan bantu saya? Lokasi sekarang sekitar Wangsa Maju / Hulu Kelang.
admin
on said
maaf atas kelewatan. boleh. whatsapp saya 013-3440625
happysus
on said
Kerjaya Ejen Hartanah, memang mencabar di era covid 19, ketika MCO. Suatu perkongsian yang baik dan memerlukan lebih pemahaman orang seperti saya. Terimakasih atas perkongsian ini.app
admin
on said
ye tuan. kebanyakan agensi di malaysia dan luar negara sedang praktis video marketing. viewing tru video sahaja. fasa PKP pun ada beberapa unit rumah dijual. sama-sama tuan
happysus sait
on said
Ejen jual rumah saya agaklah yang paling mendapat tempat oleh pengguna. Ejen jual tanah sahaja bagaiman pula ya.
Saya dapat bayangkan banyak betul cabaran ejen hartanah. Apa cabaran yang paling besar?
Sebagai ejen hartanah berdaftar adakah sebarang prosedure yang perlu diikuti?
admin
on said
KW ejen jual rumah saya target untuk penjual (owner rumah). Cabaran biasanya untuk 1-2 tahun pertama dalam bidang. sebab banyak benda nak belajar. law, banking, land matters, taxation. tapi seronok
Jendul
on said
Orang muflis boleh ke jadi ejen hartanah tuan?
rasyadan.admin
on said
boleh tuan. mana tahu rezeki melalui ejen hartanah dapat setelkan masalah
SHAHBANI TAN
on said
salam tuan…no REN tu kena hidupkan setiap tahun ka?
rasyadan.admin
on said
wslm. yup. tapi no tetap sama. kena ke kursus CDP
azizul saidi
on said
Assalamualaikum.. encik sy berminat sgt tuk mencuburi bidang hartanah!! klau sy nk buat sebagai kerjaya partime blh ke ye??
rasyadan.admin
on said
Waalaikummussalam Tuan. boleh whatsapp saya 013-3440625
Mihad bin ujang
on said
Assalam, sy nak Jd seorang agent harta tanah separuh masa boleh ke seperti sy yg dah lebih Umur 55 th..
rasyadan.admin
on said
wslm. boleh insyaallah. hubungi saya 013-3440625
Mohamed Lokman Mahmud
on said
assalam..nak belajar jadi ejen hrtanah
rasyadan.admin
on said
wslm. boleh insyaallah. hubungi saya 013-3440625