Blog

Check out market updates

panduan lantik peguam hartanah terbaik

Panduan Lantik Peguam Hartanah Untuk Urus Jual Beli Hartanah

Panduan Lantik Peguam Hartanah Urus Jual Beli Hartanah

Dalam melancarkan urusan jual beli hartanah, ada beberapa pihak yang memainkan peranan penting. Peguam atau lawyer sangat penting dalam memastikan proses jual beli rumah berjalan lancar selain daripada ejen dan bank.

Kenapa?

Bagi yang pernah urus jual beli hartanah, mesti akan faham kenapa kita perlu memilih peguam yang bagus. Bagi yang tiada pengalaman, biar saya jelaskan.

Peguam adalah individu/ kumpulan yang mengurus hal berkaitan dengan undang-undang dalam hartanah sama ada melalui;

  • pembiayaan/ pinjaman (loan)
  • pejabat tanah bagi urusan perjanjian, pertukaran hak milik dll
  • pusaka
  • percukaian
  • insolvensi
  • mahkamah syariah
  • dll

Jadi, memilih peguam yang terbaik adalah penting. Bagi artikel Panduan Lantik Peguam Hartanah Terbaik Bagi Urus Jual Beli Hartanah ada beberapa topik yang saya sentuh

 

Kos Vs Servis

Boleh minta kurang lagi ke kos guaman?

Bagi peguam yang caj murah sikit!

 

Kebanyakan client saya minta peguam yang caj lebih murah. Alasannya, jimat kos.

Betul,

Seperti pembeli, banyak kos yang terpaksa dikeluarkan seperti 10% deposit dan lain-lain

Ditambah pula dengan kos guaman. Mesti sakit kepala fikir duit.

 

Tapi, yang lebih utama adalah memilih peguam yang cekap, responsif dan proaktif. Kenapa? Sebabnya ialah

  • Peguam yang cekap urus selok belok hartanah; kaveat, low cost, loan kerajaan, master title dll
  • Responsif dalam berurusan dengan penjual, pembeli, bank dan ejen hartanah
  • Peguam yang proaktif dalam hadapi masalah dan cari penyelesaian

 

Peguam pun manusia, ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kena pandai pilih dan sesuai dengan kes yang dihandle.

 

Berapa Kos Guaman Urusan Jual Beli Hartanah?

Anggaran kos guaman jual beli hartanah adalah antara 3% sehingga 5% dari harga jualan hartanah.
Ini termasuk kos bagi Legal Fee bagi Sale and Purchase Agreement (SPA) dan Stamp Duty pada Memorandum of Transfer (MoT)

Ini hanya anggaran sahaja. Pembeli atau penjual yang melantik peguam boleh dapatkan sebut harta terus dari peguam sebelum bersetuju untuk membuat lantikan.

 

Boleh ke minta diskaun? Ada part dalam servis peguam yang memang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dan ada sebahagian part yang boleh diminta diskaun. Bincang dengan peguam.

Bacaan lanjut berkaitan kos guaman boleh klik Fakta Kos Guaman Hartanah  

 

Waktu Bilakah Perlu Lantik Peguam?

Waktu yang sesuai lantik peguam adalah selepas pinjaman (loan) telah diluluskan oleh bank (bagi pinjaman melalui bank). Akan tetapi, pembeli seharusnya telah mencari dan filter peguam sebelum pinjaman diluluskan lagi. 

Bagi pinjaman kerajaan, lantikan dibuat sebelum permohonan pinjaman dibuat.

Seeloknya pembeli dan penjual (owner) memahami Proses Jual Beli Hartanah dahulu

 

Bagaimana Nak Pilih Peguam Yang Bagus?

panduan lantik peguam hartanah terbaik

Cara nak pilih peguam yang bagus, susah juga. Kecuali bagi yang selalu berurusan dengan peguam, seperti ejen hartanah. Ini panduan untuk pilih peguam yang cekap dan bagus;

 

1. Minta Tolong Ejen Hartanah

Ejen hartanah biasanya berurusan dengan ramai peguam dan akan kekalkan urusan hanya dengan beberapa atau seorang sahaja peguam. Kenapa?

SERVIS. Ejen akan teruskan berurusan dengan peguam yang servisnya bagus, cekap dan jujur.

Sebab jika proses guaman lambat, penjual (owner) dan pembeli (buyer) akan terkesan. Akhirnya ejen yang menjadi mangsa.

Boleh hubungi saya 013-3440625 atau emel ke rasyadan.iconproperty@gmail.com untuk dapatkan servis peguam hartanah yang bagus.

Saya akan suggest peguam yang cekap berdasarkan pengalaman saya berurusan dengan mereka.

 

2. Panduan Daripada HartaGuam

10 Tips Memilih Peguam Hartanah Terbaik ini saya ambil dari Facebook Tuan Salkukhairi Abd SukorPresiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Sebagaimana yang dijanjikan, disini saya kongsikan 10 Tips untuk memilih peguam hartanah terbaik bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada peguam yang tidak bertanggungjawab.

1. Apabila anda direkemen oleh rakan-rakan atau ahli keluarga anda terhadap seseorang peguam, jangan terus percaya dan pegang bulat bulat dengan rekemendasi tersebut.

Sebaliknya ambil lah masa untuk anda mengenali peguam tersebut secara peribadi. Sebaik baiknya cubalah berjumpa secara berhadapan dengan peguam yang direkemen tersebut. Tak cukup setakat berwasap sahaja. Pandangan rakan anda mungkin tidak sama dengan pandangan anda terhadap seseorang.

2. Kalau boleh elakkan memilih peguam yang mengendalikan terlalu banyak kes dalam satu-satu masa. Bimbang- bimbang mereka tidak sempat beri tumpuan terhadap kes anda.

Dan dibimbangi juga apabila terlalu banyak kes yang mereka kendalikan, peluang untuk mereka menyeleweng itu makin besar.

3. Elakkan memilih peguam yang terlalu banyak sangat buat bisnes sampingan dalam satu-satu masa. Pendek kata bukan setakat buat bisnes firma guaman sahaja, semua bisnes lain termasuk jual belacan pun dia buat.

Bukan apa bimbang bimbang kalau mereka tak cukup modal, duit anak guam jadi mangsa untuk mereka rolling buat modal bisnes.

4. Elakkan memilih peguam yang menyerahkan semua urusan kesnya kepada staff mereka semata-mata.

Bukan apa, ada juga berlaku penyelewengan itu dilakukan oleh staff peguam tersebut sedangkan peguam sendiri tidak tahu. Sebaiknya pilihlah peguam yang turut sama menguruskan fail urusan kes anda dan tidak menyerahkan semuanya kepada staf mereka.

5. Sebaik-baiknya pilihlah peguam yang dikenali oleh ramai orang awam. Sama ada peguam tersebut selalu muncul di media massa atau selalu muncul dimedia sosial berkongsi sesuatu yang baik dan bermanfaat dengan masyarakat.

Kerana apabila selalu muncul di khalayak awam, sudah pasti mereka perlu jaga nama baik dan reputasi mereka kerana mereka dikenali oleh orang ramai. Jadi tak kan lah mereka sanggup menyeleweng kerana ia akan menjejaskan reputasi dan nama baik mereka.

6. Kalau boleh pilihlah peguam yang terlibat secara lansung secara aktif dengan sesuatu persatuan, NGO atau pertubuhan yang memperjuangkan isu-isu masyarakat.

Ini kerana apabila mereka memperjuangkan nasib masyarakat, sudah pastilah mereka juga akan memperjuangkan nasib anak guam mereka dan melindungi hak dan kepentingan anak guam mereka.

7. Janganlah memilih peguam hanya sekadar melihat kepada kos guaman mereka semata-mata. Dalam erti kata lain hanya pilih peguam yang caj yuran guaman murah sahaja.

Sebaliknya pilihlah peguam yang komited dan anda yakin betul-betul mampu menjaga hak dan kepentingan anda. Kos guaman urusan hartanah kebanyakannya adalah sama antara satu peguam dengan peguam yang lain.

8. Jangan pilih peguam dengan hanya semata-mata berdasarkan keadaan luaran peguam atau firma guaman mereka sahaja.

Misalnya pilih peguam yang ramai staf, atau ada staf cantik, atau ada ofis yang cantik dan sebagainya.

Sebaliknya kenali lah peribadi peguam anda dan sejauh mana komitmen mereka terhadap tanggungjawab yang diberikan.

9. Bina lah hubungan sebagai kawan dengan peguam anda supaya wujud keserasian antara kedua-duanya. Kalau awal-awal anda rasa ada keserasian dengan peguam tersebut, bolehlah diteruskan. Jika tidak carilah peguam lain walaupun peguam tersebut memenuhi ciri ciri di atas.

10. Akhirnya jangan lupa berdoa kepada Allah Taala agar ditemukan dengan peguam yang baik dan beriman dalam urusan hartanah anda.

Peguam tak hensem tak apa. Janji beliau beriman dan berakhlak mulia.

Tips ini hanyalah pandangan peribadi saya semata-mata. Ianya mungkin berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain.

Hakikatnya urusan memilih peguam ini sangat subjektif. Sama seperti memilih pasangan hidup juga.

Pendek kata anda hanya boleh berusaha untuk memilih peguam hartanah yang anda rasa terbaik untuk anda dan mematuhi kriteria di atas. Selebihnya berdoa dan bertawakal lah kepada Allah.

Kalau nak terkena juga apa boleh buat walaupun anda telah berusaha sebaik mungkin untuk memilih peguam hartanah terbaik. Sebab segala ketentuan dalam hidup kita ini Dia yang menentukannya. Ada hikmah di sebalik sesuatu ujian tersebut.

 

Kesimpulan

Pilih peguam yang bagus dari segi prestasi berbanding caj guaman yang rendah. Jika ada peguam yang bagus dan memberi caj yang rendah, ia adalah bonus untuk anda. 

Mohon untuk sebarkan artikel Panduan Lantik Peguam Hartanah ini

 

Boleh hubungi

Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
# FB: Hartanah Wow
# HP: 013 344 0625 (whatsapp/call)
# EMEL: rasyadan.iconproperty@gmail.com
# WEB: www.hartanahwow.com
Icon Capital Property Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published.