Blog

Check out market updates

Semak Pemaju Senarai Hitam

Cara Semak Pemaju Senarai Hitam

Kebanyakan orang suka rumah baru. Rumah yang masih dalam pembinaan atau yang belum lagi dibina oleh pemaju.

Selain dari rumah baru ada 2 lagi pilihan iaitu rumah subsale dan rumah lelong. Nak beli rumah subsale ada caranya, iaitu buat inspection semasa viewing dengan ejen. Check betul-betul.

Sekiranya berminat dengan rumah lelong, memang kena standy banyak risiko, tapi banyak juga peluang-pulang bagus.

Cuma kelebihan rumah baru (new development) ialah;

  • low entry cost (kos yang minima untuk membeli seperti booking RM 500, caj guaman absorb dalam loan dan lain-lain
  • rumah dalam keadaan baik
  • ada warranty sekiranya ada kerosakan

Tapi perkara yang menakutkan sehingga membawa kepada mimpi ngeri ialah rumah tak siap-siap

Sebab apa?

Pemaju tiada duit, projek tiada sambutan, pemaju tipu dan sebagainya

So, artikel kali ini saya ingin tunjukkan Cara Semak Pemaju Senarai Hitam supaya anda dapat bersedia lebih awal

Cara Semak Pemaju Senarai Hitam Periksa Sebelum Terkena

Semak Pemaju Senarai Hitam

Ada beberapa kaedah untuk pastikan projek yang kita mahu beli itu tidak berisiko terbengkalai atau ditipu oleh pemaju.

Untuk semak pemaju senarai hitam, anda boleh rujuk projek-projek yang sudah siap yang dibuat oleh pemaju tersebut

Dan bertanya kepada pemilik rumah yang pernah beli rumah dari pemaju tersebut. Isu warranty kerosakan, masa untuk siapkan rumah dan sebagainya.

Itu cara secara tradisional. Seterusnya ialah melalui Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Panduan ini saya rujuk hantaran Pn Ej Sharlizan melalui facebook beliau (boleh klik untuk follow). Bagaimana caranya?

Step 1: Semak Status Pemaju Berdaftar Dengan KPKT

Semak status pemaju tersebut sama ada berdaftar dengan KPKT atau tidak. Boleh rujuk di bahagian Carian Pemaju Perumahan Swasta (klik link ini)

Maklumat yang dikehendaki ialah;

  • Nama Pemaju :
  • No SSM :
  • Kod Pemaju :
  • Kod Fasa :
  • Nama Projek :
  • Negeri Projek :
  • Daerah Projek

Step 2. Semak Pemaju Senarai Hitam

Jika bimbang pemaju tersebut merupakan pemaju bermasalah seperti beroperasi tanpa lesen, mempunyai sejarah mengendalikan projek perumahan terbengkalai, ingkar award Tuntutan Tribunal Perumahan dan gagal membayar kompaun.

KPKT telah mengeluarkan senarai di bahagian Senarai Pemaju Yang Disenarai Hitam (klik di sini)

Untuk semak pemaju senarai hitam , KPKT telah bahagikan mengikut kategori iaitu

Nak Semak Pemaju Senarai Hitam , Tapi Sudah Tukar Nama

Kadangkala, pemaju perumahan akan menggunakan syarikat yang berbeza untuk setiap projek tetapi sebenarnya tetap berkait dengan parent company yang sama.

Untuk tujuan ini, boleh membuat carian SSM sama ada secara online atau manual. Antara butiran yang perlu dilihat contohnya board of director, alamat, no. telefon atau pemegang share.

Jika terdapat mana mana butiran yang sama, maknanya ada perkaitan. Semak semula dengan senarai yang telah di keluarkan oleh KPKT.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor di bawah:

Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 35, No.51, Persiaran Perdana Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA

No. Tel : 603 – 8891 4356

No. Fax : 603- 8891 4226

E-mel: enforcement@kpkt.gov.my


Semoga artikel ini bermanfaat

Rasyadan Husin
Ejen Hartanah Berdaftar
HP: 013-3440625

Leave a Reply

Your email address will not be published.