Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Lelongan?

Apa Itu Lelongan?

Bila menjadi seorang perunding hartanah berdaftar, semua hal berkaitan dengan hartanah mesti ambil tahu. Paling kurang dapat info sedikit pun ok.

Syukur bila masuk dalam agensi yang hebat dan mempunyai mentor yang hebat, banyak ilmu yang kita dapat. Terbaru ilmu tentang lelongan.

Sr Tn Hj Ishak Ismail merupakan CEO bagi IM Global Property Consultants Sdn Bhd (IMG) iaitu agensi yang saya bertugas sebagai Perunding Hartanah.

Sifu dalam lelongan dan juga property management. Sangat berpengalaman dalam bidang hartanah dan diberi jolokan sebagai ‘Mahaguru’ oleh sesetengah ikon hartanah.

Artikel ini saya ambil dari slide pembentangan beliau dalam Kursus Pelelong yang diadakan di IMG pertengahan Ogos 2016. Olahan dan suntingan saya lakukan untuk memudahkan kefahaman pembaca.

 

lelongan-hartanah

Sejarah Lelongan

Sebelum itu saya ingin jelaskan, barang yang boleh dilelong adalah

  1. Harta alih; iaitu harta yang tidak melekat seperti kereta, lukisan dan sebagainya
  2. Harta tidak alih; iaitu harta yang melekat seperti rumah, tanah dan sebagainya

Lelongan bermula dengan persaingan manusia primitif dalam pemilikan hartanah orang lain. Dalam sejarah, dokumentasi lelongan yang pertama adalah kira-kira pada 500 S.M.

Auction (Lelongan) berasal daripada perkataan latin iaitu ‘Auctus’ : yang bermaksud Satu Penambahan. Lelongan juga telah lama dijalankan bertujuan untuk pelupusan hartanah dan telah digunakan oleh orang-orang kuno Roman.

Manakala di Malaysia, lelongan bermula sejak 1926 lagi.

Lelongan merupakan asas-asas dalam banyak budaya di seluruh Dunia, ia digunakan secara meluas sebagai mekanisme berkesan untuk penjualan seni halus (barang artifak, pattern, logo dll), hartanah, kereta, ternakan, barang-barang antik dan lain-lain.

Definisi lelongan adalah satu konsep yang menggunakan satu proses kompetitif yang terbuka (pasaran) untuk pemindahan hak hartanah / barangan dapat dilihat dalam kehidupan seharian.

 

Trend Terkini Lelongan

Dalam beberapa tahun yang lepas, dunia telah menyaksikan berjuta-juta lukisan, kereta eksotik, hartanah dan sebagainya telah dijual melalui proses lelongan.

Masa telah berlalu apabila orang ramai mempunyai persepsi bahawan jualan lelongan adalah merupakan satu jalan terakhir atau satu-satunya cara untuk melupuskan aset apabila tiada jalan lain yang lebih baik daripada perampasan harta oleh mahkamah.

 

Medium Lelongan

Hari ini kaedah lelongan moden merupakan salah satu cara biasa yang dapat melupuskan aset atau hartanah di pasaran terbuka untuk satu jualan yang segera pada harga yang setinggi mungkin.

Medium lelongan adalah dua (2) jenis iaitu;

  1. Secara online: melalui e-bidding, portal dan sebagainya
  2. Secara offline: melalui Mahkamah Tinggi, Pejabat Tanah, Bank dan sebagainya

 

Mengapa Menjual Secara Lelongan?

Pada asasnya, ini adalah kerana wujudnya dua (2) komoditi yang paling bernilai dalam perniagaan iaitu Masa dan Wang.

Tempoh jualan yang panjang dan kos yang tinggi dapat dielakkan melalui satu jualan lelongan yang dikendalikan secara profesional oleh pelelong atau jurulelong. Malah dengan perkembangan terkini iaitu melalui e-bidding banyak kelebihan yang akan dapat seperti penjimatan masa iaitu pembida tidak perlu hadir ke tempat lelongan.

Tambahan pula, konsep ‘harga menaik’ melalui bidaan boleh mendatangkan keuntungan kepada pemilik harta (ini bagi kes jualan lelongan rumah bukan rampasan harta).

 

Perubahan Perspektif Terhadap Lelongan (Penjual/Pembeli)

Kaedah lelong yang pernah dilihat sebagai jalan terakhir untuk memasarkan hartanah yang kurang laku, telah berubah sepenuhnya, terutamanya disebabkan kelebihan kaedah pemasaran ini menggunakan cara yang tidak menyusahkan pemilik.

Penjual berupaya untuk menjual hartanah mereka dalam tempoh singkat serta memaksimumkan pelaburan mereka dalam masa yang pendek.

Bagi pembeli, lelongan menyediakan kesempatan untuk membayar nilai sebenar sesuatu hartanah, hakikatnya pasaran yang menentukan nilai.

Nilai ini dibuktikan melalui pasaran lelongan apabila bidaan yang kompetitif dalam lelongan dan memberi peluang kepada pembeli untuk membeli pada harga pasaran, dengan keyakinan bahawa dia tidak terlebih membayar untuk hartanah berkenaan.

 

Kelebihan Kaedah Lelongan

Pertama: Penjual menentukan tarikh dan masa jualan

Kedua: Lelongan pada sesuatu masa yang ditetapkan membolehkan penjual untuk mengurangkan kos-kos pegangan

Ketiga: Satu persekitaran lelongan membangkitkan semangat persaingan di kalangan pembida-pembida berpotensi

 

Kesimpulan

Oleh itu, adalah tidak menghairankan untuk membeli dan menjual dalam lelongan yang merupakan satu keputusan perniagaan yang baik untuk semua pihak yang terlibat.

 

Ejen Hartanah Berdaftar, sedia bantu anda urus jual beli hartanah
Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
: HP: 013.344.0625 (whatsapp/call/SMS)
: EMEL: rasyadan.imgsel@gmail.com
: WEB: www.hartanahwow.com
: FB: Hartanah Wow 

IM Global Property Consultants Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge