Hartanah Wow

Info Hartanah Anda

  • Home
  • About Us
  • Blog
    • Panduan Jual Rumah
    • Panduan Beli Rumah
    • Panduan Sewa Rumah
  • Properties
    • For Sale
    • For Rent
  • Reviews
+6013-3440625
hartanahwow@gmail.com
Submit

Hartanah Wow

Info Hartanah Anda

  • Home
  • About Us
  • Blog
    • Panduan Jual Rumah
    • Panduan Beli Rumah
    • Panduan Sewa Rumah
  • Properties
    • For Sale
    • For Rent
  • Reviews
+6013-3440625
Submit

Hartanah Wow

Info Hartanah Anda

  • Home
  • About Us
  • Blog
    • Panduan Jual Rumah
    • Panduan Beli Rumah
    • Panduan Sewa Rumah
  • Properties
    • For Sale
    • For Rent
  • Reviews
+6013-3440625
Submit
Looking for certain features
cara semak harga pasaran rumah

Cara Semak Harga Pasaran Rumah 2020 | Percuma

By

rasyadan.admin

Posted in Panduan Jual Rumah On Nov 24, 2016

Cara Semak Harga Pasaran Rumah 2020

Terima kasih kerana sudi melawat web Hartanah Wow | Ejen Hartanah Anda. Kali ini saya akan kongsikan Cara Semak Harga Pasaran Rumah 2020 bagi owner yang ingin menjual rumah dengan khidmat saya.

cara semak harga pasaran rumah 2017

Biasanya orang ingin Semak Harga Pasaran Rumah kerana mahu dapatkan harga semasa tanah, market value rumah, nilai semasa bangunan dan sebagainya.

Penting Ke Semak Harga Pasaran Rumah?

Bagi menjawab soalan ini, saya akan kemukakan sebab utama kenapa pemilik / owner rumah perlu semak harga pasaran

1. Harga Pasaran merupakan salah satu faktor yang mempercepatkan proses jual beli rumah. Kenapa? Sebab rumah di bawah harga pasaran menjadi trigger buat pembeli di luar sana. Pembeli sangat teruja dengan rumah di bawah harga pasaran (below market value). Pembeli tak perlu topup duit yang banyak. Boleh mark-up loan.

Tapi harus diingat, penetapan harga dijual (Selling Price) adalah ditentukan oleh owner bukannya ejen hartanah. Sama ada below atau above market.

2. Boleh tahu tentang potensi hartanah anda. Hal ini berkaitan dengan pelaburan iaitu Capital Appreciation. Berapa peratusan kenaikan nilai (appreciation) hartanah anda setiap tahun. Bila anda dah minta ejen hartanah semak harga pasaran, anda dah boleh prepare untuk jual hartanah anda =)

Ok, cukup dulu 2 point ini. Nanti akan diterangkan secara details.

cara semak harga pasaran rumah


Cara Semak Harga Pasaran Rumah Melalui Ejen Hartanah

Saluran untuk semak harga pasaran rumah ada banyak. Tapi yang paling best adalah melalui ejen hartanah! Kenapa? Sebab ejen hartanah akan bantu anda tanpa anda perlu rujuk banyak pihak.

Kebiasaannya ejen hartanah ada rangkaian (networking) dengan banyak pihak yang terlibat seperti peguam hartanah, banker, jurunilai dan prospek pembeli.

Ini bermakna, urusan anda dipermudahkan dan dipercepatkan. Tidak perlu berhubung dengan banyak pihak. Serahkan sahaja kepada ejen hartanah. Pastikan ejen hartanah berdaftar ye.

Perkara yang perlu diambil perhatian apabila berurusan dengan ejen hartanah ialah

1. Pilih ejen hartanah berdaftar (ejen hartanah di sini termasuklah perunding hartanah). Bagaimana nak tahu berdaftar atau tidak. Boleh rujuk no kod pendaftaran iaitu seperti REN 17585. Boleh rujuk di pautan Servis Ejen Hartanah

2. Berikan maklumat lengkap berkaitan dengan rumah

  • Alamat rumah
  • Jenis rumah (semi-d, banglo, teres, 2 tingkat, 1 tingkat dsb)
  • Keluasan rumah (luas tanah dan bangunan)
  • Details renovation (extent dsb)
  • Maklumat owner (nama, no HP, emel dsb)

atau nak mudah, isi sahaja form ini (maklumat dijaga rapi, jangan risau) Borang Semak Harga Rumah | Hartanah Wow

Servis semak harga pasaran rumah ini saya hanya buat untuk pemilik atau pembeli rumah untuk dijual sahaja.


Boleh Ke Saya Semak Sendiri Market Value Rumah Saya?

Ya sudah tentu boleh, jika Tuan/Puan adalah owner atau buyer untuk sesebuah hartanah, Tuan/Puan boleh terus check nilai pasaran tersebut:

  1. Melalui laman web Brickz, iaitu sebuah laman web yang memaparkan hasil transaksi jual beli hartanah yang lepas. Namun harus diingat, data tersebut perlu diintegrasi dengan lawatan tapak. Data tersebut hanya paparkan Tahun Jualan, Harga Jualan dan Alamat Jualan (no unit dipaparkan bagi subscribed user sahaja)
  2. Membuat anggaran harga pasaran melalui laman web Mudah.my walapun data melalui mudah tak boleh dijadikan evidence sepenuhnya, namun ia sebagai satu anggaran harga permulaan daripada owner.
  3. Semakan melalui bank. Ye, melalui penilaian bank. Ia lebih mudah. Lagi bagus sekiranya buyer yang terus berurusan dengan bank. Kadang-kala data penilaian adalah berbeza pada sesetengah bank.

Nak tahu proses jual beli rumah?

Sila klik link ini Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap

—

Untuk dapatkan maklumat detail Cara Semak Harga Pasaran Rumah boleh hubungi saya

Ejen Hartanah Berdaftar, sedia bantu anda urus jual beli hartanah
Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
: HP: 013.344.0625 (whatsapp/call/SMS)
: EMEL: hartanahwow@gmail.com
: WEB: www.hartanahwow.com
: FB: Hartanah Wow

iRealty

 Semak Harga Pasaran

2 Comments

  1. Pingback:Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap | Jelas | HartanahWow

  2. Pingback:Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap & Jelas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular Posts

  • Apa Maksud As Is Where Is Basis
  • Panduan Sewa Rumah Dekat USIM Nilai & Rumah Sewa Berhampiran
  • 12 Cara Fahami dan Baca Geran Hakmilik Rumah
  • Freehold vs Leasehold 4 Fakta Ramai Salah Faham
  • Cara Kira Bayaran Peguam Untuk Beli Rumah

Hartanah Wow

/Ejen Hartanah Anda

Popular Posts

  • Cara Semak Pemaju Senarai Hitam
  • Moratorium Pinjaman Perumahan April 2020
  • Perjanjian Jual Beli Rumah : 10 Perkara Yang Perlu Difahami
  • Cara Memohon Skim Mydeposit Rumah Pertama 2018 Secara Online
  • Cara Beli Rumah Second Hand Panduan Lengkap A-Z

Recent Posts

  • Apa Maksud As Is Where Is Basis
  • Panduan Sewa Rumah Dekat USIM Nilai & Rumah Sewa Berhampiran
  • 12 Cara Fahami dan Baca Geran Hakmilik Rumah
  • Freehold vs Leasehold 4 Fakta Ramai Salah Faham
  • Cara Kira Bayaran Peguam Untuk Beli Rumah

Like Facebook

Hakmilik HartanahWow[dot]com

Designed by Inspiry Themes

Owning a home is a keystone of wealth… both financial affluence and emotional security.

Suze Orman
4th March 2021Thursday!
Hartanah Wow
  • Login
Forget Password?