Blog

Perkongsian Hartanah

6 Panduan Jual Rumah Dengan Khidmat Ejen Hartanah

panduan jual rumah dengan khidmat ejen hartanah

Proses jual rumah adalah proses yang sangat penting yang perlu difahami oleh owner hartanah dan juga pembeli.

Sekiranya tersilap atau cuai, akan bagi kesan besar kepada pemilik mahupun pembeli.

 

Jika rumah dijual atau dibeli tanpa guna ejen, owner dan pembeli mesti memahami sendiri prosedur jual beli rumah. Di samping nasihat pihak peguam.

Namun, sekiranya menggunakan khidmat ejen hartanah, ejen akan jelaskan dan bimbing serta menjaga kepentingan (hak) pemilik dan pembeli sepanjang proses jual beli rumah.

 

Ini bermaksud. Hendaklah pilih ejen hartanah yang dipercayai. Wajib yang berdaftar.

1 – Cari Ejen Hartanah yang Berdaftar
2 – Membuat Lantikan Rasmi bagi Penjualan Rumah
3 – Berikan Maklumat dan Dokumen yang Diperlukan oleh Ejen
4 – Cara Jual Rumah yang Sedang Disewakan. Bagaimana Ejen Membantu
5 – Boleh ke Pemilik Pegang Duit Booking Rumah?
6 – Bilakah Had Tugasan Ejen Hartanah?

  • Panduan Jual Rumah Dengan Khidmat Ejen Hartanah

     

 

  • Panduan Jual Rumah Dengan Khidmat Ejen Hartanah

    Proses jual beli rumah adakalanya senang untuk diuruskan dan ada ketika sangat sukar.

    Berdasarkan pengalaman saya, kelancaran sesuatu penjualan rumah bergantung kepada faktor. Antaranya;

    • status rumah (freehold, leasehold, low cost, malay reserved, kaveat etc)
    • keadaan rumah (struktur binaan, lokasi etc)
    • harga jualan (below atau over market)
    • peranan semua pihak (ejen hartanah, pemilik, pembeli, peguam, bank etc)

    Servis dan khidmat ejen hartanah sangat penting. Bermula lantikan sebagai ejen sehingga pertukaran hak milik. Ejen hartanah akan membantu setiap pihak. Bertindak sebagai pemudahcara.

  • Artikel Panduan Jual Rumah Dengan Khidmat Ejen Hartanah adalah dikhaskan untuk panduan pemilik hartanah. yang nak jual rumah dengan guna servis ejen hartanah. 

     

    Panduan Jual Rumah Guna Khidmat Ejen Hartanah – Pemilik Hartanah

    Untuk memudahkan kefahaman orang awam, Ejen Hartanah yang dimaksudkan di sini ialah termasuk Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator – REN). 

    Diikutkan hierarki, Perunding Hartanah adalah individu yang dilantik dan berada di bawah Ejen Hartanah.

  • #1 Cari Ejen Hartanah yang Berdaftar

    Jangan sesekali guna khidmat broker haram. Cara untuk kenal Ejen Hartanah berdaftar ialah mempunyai REN Tag dan REN Number contohnya seperti saya REN 17585. Mempunyai agensi yang berdaftar. Boleh semak di sini 

  • #2 Membuat Lantikan Rasmi bagi Penjualan Rumah

    Ejen akan sediakan surat lantikan dan ditandatangani oleh pemilik. Surat itu sebagai lantikan sah ejen untuk penjualan rumah.

    Nota Tambahan: Perkara yang perlu diambil perhatian semasa menandatangani surat lantikan ialah;

    • jenis lantikan. Ada 2 jenis lantikan iaitu Exclusive dan Non-Exclusive
    • tempoh lantikan (bagi exclusive).
    • harga jualan dan bayaran khidmat ejen
    • GST 6%. GST dikenakan berdasarkan pada bayaran khidmat ejen. Contohnya agent fee 3%, maka GST 0.18%. Jumlah semua adalah 3.18%

  • #3 Berikan Maklumat dan Dokumen yang Diperlukan oleh Ejen

    Maklumat yang diperlukan ialah

    • spesifikasi rumah (luas, jenis, renovasi dll)
    • pemilikan rumah (pemilik – nama yang tertera dalam geran atau perjanjian jual beli SPA)
    • pinjaman bank (baki pinjaman, jenis pinjaman – bank atau kerajaan atau syarikat)
    • status pemilik Nyatakan secara jujur sekiranya pemilik mempunyai masalah contohnya seperti diisytihar bankrap dan sebagainya. 

    Dokumen yang diperlukan ialah

    • Salinan Geran Rumah
    • Salinan perjanjian jual beli rumah (full pages atau relevant pages)
    • Salinan IC pemilik (jika ada 2 penama, 2 salinan IC diperlukan)
    • Salinan Perjanjian Pinjaman Rumah yang hendak dijual
    • Resit bayaran Cukai Tanah dan Cukai Taksiran terkini

    Nak tahu proses jual beli rumah? Sila klik link ini Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap

  • #4 Cara Jual Rumah yang Sedang Disewakan. Bagaimana Ejen Membantu

    Jika rumah yang hendak dijual sedang disewakan. Seeloknya pemilik memaklumkan terlebih dahulu kepada penyewa bagi mengelakkan salah faham antara ejen dan penyewa.

    Dik, Abang dah nak jual rumah ini. Abang ada lantik ejen untuk uruskan. Jangan risau, adik boleh duduk lagi rumah ini

    Seterusnya pemilik boleh serahkan nombor penyewa kepada ejen untuk urusan viewing dan sebagainya.

    Nota Tambahan: Bagaimana jika tiba-tiba penyewa ambil keputusan untuk keluar rumah? atau batalkan kontrak disebabkan rumah dalam proses untuk dijual? Solusinya

    1. Pemilik perlu maklumkan kepada penyewa, proses jualan ambil masa paling cepat 4 bulan. So penyewa boleh terus menyewa sampai selesai jualan
    2. Sekiranya pembeli mahu sewakan rumah tersebut. Penyewa boleh kekal menyewa sehingga berpindah hak milik kepada pembeli.

     

    Adakah boleh langgar atau hentikan kontrak sewaan (Tenancy Agreement – TA) sebelum tarikh tamat?

    Ada 3 keadaan

    • Mempunyai TA yang sah dan stamping. Pemilik perlu nyatakan kepada pembeli dan ejen bahawa rumah ini mempunyai TA dan perlu patuhi sehingga taman kontrak. Jika pembeli mahu tinggal di rumah tersebut atau naikkan kadar sewa, hendaklah dilakukan selepas tamat kontak
    • Mempunyai TA yang tak sah (tak stamping). Hal ini adalah bergantung pada etika dan budibicara antara pemilik dan penyewa. Jangan zalimi penyewa dengan halau atau naikkan sewa tanpa maklum kepada mereka.
    • Tidak mempunyai TA. Bergantung kepada pemilik. Seeloknya berbincang dengan penyewa. Sekiranya pemilik terdesak untuk menjual. Terpulang kepada pemilik.

  • #5 Boleh ke Pemilik Pegang Duit Booking Rumah?

    Dalam etika dan cara kerja ejen hartanah. Duit booking atau earnest deposit akan dimasukkan ke dalam client account agensi hartanah. Akaun tersebut bukan akaun keuntungan.

    Malah, diHARAMkan bagi ejen hartanah berdaftar untuk masukkan duit tersebut ke dalam akaun peribadi atau syarikat lain. Berlainan dengan broker haram yang akan pegang duit tersebut.

    Malah pembeli juga selesa dan yakin apabila berurusan dan membayar booking melalui ejen hartanah kerana duit itu akan selamat. Baca Adakah booking rumah dipulangkan sekiranya loan tak lepas

  • #6 Bilakah Had Tugasan Ejen Hartanah?

    Sebenarnya tugasan ejen hartanah akan terhenti selepas sign SPA. Selepas itu akan diambil alih oleh peguam SPA. 

    Tapi bagi kes pembelian melalui pinjaman kerajaan / syarikat atau rumah berstatus leasehold dan seumpamanya. Ejen akan berperanan sehingga loan diluluskan.

    “Kalau macam tu senang je lah kerja ejen!”

    Jangan salah faham, maksud saya kerja rasmi sahaja. Selepas SPA, peguam akan urus semua. Ejen tak boleh ambil alih kerja peguam.

    Ejen akan berperanan sebagai pemudahcara dan wakil dari pihak pemilik dan pembeli sehingga semua urusan selesai

     

    Kesimpulan

    Jika anda nak dapatkan khidmat ejen, pilih ejan yang dipercayai dan komited. Jangan sesekali berurusan dengan broker.

    Sila share dan sebarkan artikel 6 Panduan Jual Rumah Dengan Khidmat Ejen Hartanah semoga bermanfaat

     

    Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
    # FB: Hartanah Wow
    # HP: 013 344 0625 (whatsapp/call)
    # EMEL: rasyadan.iconproperty@gmail.com
    # WEB: www.hartanahwow.com
    Icon Capital Property Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge