News

Perkongsian Hartanah

5 Panduan Elak Ditipu Sebelum Sewa Rumah, Tips Sangat Bernilai

Elak Ditipu Sebelum Sewa Rumah

5 Panduan Elak Ditipu Sebelum Sewa Rumah

5 Panduan Ringkas Bagi Elak Ditipu Sebelum Sewa Rumah. Khususnya bagi yang terdesak untuk dapatkan rumah sewa.

1. Bayar Booking Rumah Selepas View

Masalah ini kerap kali berlaku khususnya penipuan sewa rumah di portal Mudah, facebook atau web berkaitan rumah sewa.

Ia menjadi lebih dramatik apabila prospek tenant dalam keadaan terdesak ‘desperate’ untuk dapatkan rumah sewa dengan segera.

Dicampur pula dengan ayat-ayat madu scammer

“Rumah ni dah ramai yang call, kalau awak nak saya hold dulu. Janji bayar booking cepat-cepat”

Hati prospek tenant pun cair. Nampak ruginya jika tak terus booking. Takut melepas rumah tersebut.

Harus diingat,

Betul ke itu owner sebenar?

Apa black and white untuk buktikan memang betul sah booking tersebut

Jadi kaedah terbaik, booking dibayar semasa atau selepas view rumah. Bukan sebelum view rumah atau semasa call bertanya berkenaan rumah sewa.

2. View Rumah dan Inspection

viewing rumah hendak dibeli

Klik gambar ini untuk baca 5 Tips Ketika Viewing Rumah Hendak Dibeli

Semasa view keadaan rumah. Pastikan kerosakan barangan atau premis rumah sewa tersebut. Tentukan baikpulih adalah tanggungjawab siapa.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Supaya tak menjadi masalah di kemudian hari.

Jangan lupa untuk tentukan status perabot, sama ada ditinggalkan atau dibawa keluar oleh owner.

3. Set Kadar Sewa dan Bayaran Lain

Semasa view atau selepas view, pastikan kadar sewa (rental) telah dipersetujui bersama, berserta dengan fasiliti yang ada seperti caj pengurusan/keselamatan, bil indah water, utilities, tarikh bayaran sewa, deposit dan lain-lain.

Seeloknya ada keterangan yang jelas berkaitan kos yang ditanggung oleh penyewa dan tuan rumah.

4. Perjanjian Sewaan Rumah

tenancy agreement

Pastikan ada Perjanjian Sewaan Rumah ‘Tenancy Agreement’ yang lengkap mengikut syarat yang dipersetujui bersama.

Antara perkara penting ialah tempoh kontrak sewaan. Hendaklah secara jelas dinyatakan dalam agreement tersebut.

5. Bayaran Sewa Hendaklah Melalui Bank Bukan Cash

Seeloknya bayaran sewaan rumah dibayar melalui bank iaitu sama ada online banking atau melalui mesin atm. Kenapa?

Untuk mengelakkan terlupa, tersilap catat bayaran. Sekiranya melalui bank, rekod dah tersedia ada. Tak perlu bimbang berkenaan resit pembayaran.

.


Untuk urusan jual beli rumah / hartanah

Ejen Hartanah Berdaftar, sedia bantu anda urus jual beli hartanah
Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
: HP: 013.344.0625 (whatsapp/call/SMS)
: EMEL: rasyadan.imgsel@gmail.com
: WEB: www.hartanahwow.com
: FB: Hartanah Wow 

IM Global Property Consultants Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *