cara selamat bayar booking rumah untuk dibeli

Cara Selamat Bayar Booking Rumah Untuk Dibeli

Ada beberapa soalan dilontarkan, “Tak hangus ke duit booking rumah?”, “Risau nak bayar booking rumah, takut loan tak lepas”. “Apa Cara Selamat Bayar Booking Rumah Untuk Dibeli?”

Memiliki rumah adalah menjadi impian bagi setiap orang.

Proses pembelian rumah bukan perkara mudah. Ia banyak melibatkan banyak pihak dan banyak prosedur. Pihak bank, pemaju, peguam, pejabat tanah, LHDN dan sebagainya.

Sebab itu prosesnya kadang-kala sukar, ada nasib jadi senang. Oleh itu, untuk beli rumah perlu kepada peguam ‘lawyer’ dan semestinya Ejen Hartanah bagi membantu anda memiliki rumah.

 

Cara Selamat Bayar Booking Rumah Untuk Dibeli

cara selamat bayar booking rumah untuk dibeli

Istilah yang anda kena tahu ialah booking sama earnest deposit. Apa maksud earnest deposit (ED)? ED ialah wang yang dibayar oleh pembeli pada awal proses untuk menunjukkan kesungguhan  dan komitmen untuk membeli sesuatu hartanah.

Berikut ialah beberapa tips dan panduan Cara Selamat Bayar Booking Rumah agar wang anda tidak burn begitu sahaja.

 

1. Pilih Ejen Hartanah Berdaftar

Ada 2 cara beli rumah, sama ada secara terus kepada pemilik rumah ataupun melalui ejen hartanah yang telah dilantik oleh pemilik.

Sebenarnya anda juga boleh terus hubungi ejen hartanah dan nyatakan kriteria dan kehendak hartanah yang anda mahukan. Minta tolong dengan ejen.

Sekiranya anda berurusan dengan ejen hartanah, pastikan ejen hartanah itu adalah ejen hartanah berdaftar. Iaitu berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Tanah (LPPEHPH)

Bagaimana nak semak sama ada berdaftar atau tidak?

Senang sahaja.

Semak no REN (atau no PEA dan no REA)

Nombor tersebut anda boleh lihat pada

  • Iklan yang dibuat oleh ejen tersebut (memang wajib letak nombor)
  • Bisnes kad
  • REN Tag
  • Laman web LPPEH

 

2. Periksa Kelayakan Loan (Secara Kasar)

Seeloknya sebelum mahu beli rumah, semak dulu kelayakan loan. 

Beli rumah atas kemampuan dan kelayakan.

Eh, tak de kaitan pun loan dan booking. Tak rugi pun owner dan ejen kalau loan saya tak lepas.

Memang tiada kaitan secara langsung, tapi at least dapat mengelak berlaku kemungkinan booking yang dibayar akan hangus. 

Kalau dah sah loan tak lepas, better cari rumah yang anda mampu dan layak beli.

 

3. Bayar booking ke Client Account Agensi Hartanah

Yang ini ramai yang tidak tahu apa maksud Client Account. 

Client account adalah akaun khas yang dinamakan Client Account. Bertujuan untuk hold booking pelanggan.

Selamat

Sebab ia dipantau oleh LPPEH (BOVEA) dan tidak boleh dikeluarkan sesuka hati.

Jangan sesekali bayar booking ke akaun saving atau current ejen hartanah atau syarikat (persendirian) ejen hartanah atau istilahnya broker

Tuan, saya beli rumah direct owner bukan melalui ejen. Mana ada client account

Yang ini rare juga, ramai yang terlepas pandang. Sekiranya beli direct owner, cara selamat bayar booking rumah adalah dengan lantik lawyer dan bayar booking ke client account lawyer firm

Lawyer akan sediakan booking form atau nama lain Letter of Intent To Purchase

 

Apa risiko sekiranya bayar booking kepada owner?

Pembeli bukan sangsi pada owner, malah mungkin berkawan rapat

Tapi apabila bayar booking direct kepada owner, banyak implikasi berlaku, tambahan pula tiada black and white.

Contohnya, dalam proses permohonan loan, nak ditakdirkan owner meninggal. Apa status duit booking tersebut?

Bank call, ‘En, pemilik rumah ini dah bankrap, so tidak boleh dipindahmilik’, dalam masa yang sama, owner sudah gunakan semua duit booking. Ternganga la jawabnya.

 

4. Pastikan di Booking Form dinyatakan booking dikembalikan sekiranya loan tak lulus

Booking form sangat penting;

  1. Sebagai bukti kesungguhan pembeli untuk membeli rumah tersebut (dengan bayar duit booking)
  2. Menjamin hak pembeli dan penjual (dalam fasa sebelum tandatangan Perjanjian Jual Beli – SPA)
  3. Menjamin duit booking pembeli sekiranya loan tak lulus atau owner batalkan hasrat untuk menjual

Booking form dikenali juga sebagai Letter Offer of Acceptance atau Letter Offer to Purchase (LOP/OTP)

Apa yang pembeli perlu lakukan ialah untuk minta ejen hartanah tulis “Sekiranya loan tidak lulus, wang booking akan dikembalikan”

 

5. Simpan bukti pembayaran anda

Sekiranya anda membeli melalui ejen hartanah, anda boleh request

  1. Resit rasmi pembayaran booking
  2. Salinan (karbon) booking form / OTP

Resit pembayaran anda sama ada melalui online transfer / atm dsb perlu disimpan

 

Adakah Booking Termasuk Deposit

Kelayakan pinjaman (Margin of Finance – MoF) biasanya untuk rumah pertama dan kedua adalah 90%, manakala rumah ketiga adalah 70%.

Tapi ada kes rumah pertama dapat 100% atau lebih rendah dari 90%. Bergantung kepada tawaran (plan) dan polisi bank.

Margin of finance akan memberi kesan kepada jumlah deposit yang perlu dibayar oleh pembeli. Ia bagi menyempurnakan 100%. Tak faham? Saya jelaskan lagi

Sekiranya MoF anda 90%, jadi deposit yang anda perlu bayar adalah 10%. Jumlah adalah 100%

Berbalik semula kepada topik asal adakah booking termasuk deposit? Ya

Anda telah membayar 3% booking ke akaun client account agensi hartanah, kemudian selepas tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA), anda perlu membayar 7% lagi (dipanggil deposit) kepada owner.

Jangan lupa Sub Topik No. 3 kat atas, jangan bayar kepada akaun owner ye. Bayar 7% tersebut ke akaun lawyer yang dilantik.

Lawyer pula akan serahkan kepada owner wang tersebut.

Jadi semua urusan adalah dijamin sebab kurang risiko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge