Blog

Perkongsian Hartanah

Adakah Bayaran Booking Dipulangkan Jika Loan Tak Lulus?

booking dipulangkan jika loan tak lulus

Adakah Bayaran Booking Dipulangkan Jika Loan Tak Lulus ?

Topik kali ini sangat menarik kerana ramai yang bertanya terutama bila mahu membayar booking fee (earnest deposit) dan kemuncaknya ketika loan/financing tidak diluluskan. 

Adakah booking dipulangkan jika loan tak lulus ?.  

Istilah yang digunakan untuk pemulangan deposit ialah refund. Bagi menjelaskan proses jual beli seeloknya anda memahami dahulu proses jual beli Baca: 12 Langkah Lengkap Proses Jual Beli Hartanah 

Earnest deposit / Earnest money adalah sejumlah wang yang dibayar kepada pemilik hartanah atau wakil (ejen hartanah atau peguam) untuk menunjukkan kesungguhan anda untuk membeli rumah tersebut.

Secara mudahnya ia dimaksudkan sebagai booking fee yang dibayar sebagai komitmen pembeli sebelum membuat pinjaman perumahan.

booking dipulangkan jika loan tak lulus

 

.

Adakah Booking Dipulangkan Jika Loan Tak Lulus Jika Beli Rumah Melalui Ejen?

Jika anda membeli hartanah melalui ejen hartanah berdaftar seperti saya (iaitu yang ada nombor seperti REN 17585, klik ini) anda selamat kerana ejen hartanah akan memastikan booking dipulangkan jika loan tak lulus.

Ingat, semasa membayar booking fee, pastikan ada ayat / pernyataan untuk pemulangan booking fee bagi kes loan tidak lulus pada Booking Form (Letter Offer To Purchase)

Jadi, anda perlu jujur dengan ejen yang menguruskan jual beli hartanah tersebut, supaya ejen dapat membuat kiraan kelayakan loan, komitmen pinjaman dll sebelum anda membayar booking. Ini dipanggil sebagai proses filtering (tapis) prospek.

Bagaimana pula dengan beli dengan direct owner? Sekiranya anda membeli hartanah direct owner, pastikan owner jelas, faham dan bersetuju untuk refund semula booking fee sekiranya loan tidak lepas. Pastikan ada surat persetujuan bertulis.

.

Adakah Duit Saya Selamat Dengan Bayar Booking?

Ini pentingnya membeli rumah dengan bantuan ejen hartanah. Bila anda membayar booking. Duit tersebut akan dimasukkan ke dalam client account agensi hartanah

Client account tersebut adalah account bukan keuntungan agensi. Ia adalah account khas bagi mengumpul dan ‘hold’ bayaran booking pembeli dan penyewa.

Sekiranya ejen yang menguruskan pembelian tersebut bermasalah atau ditimpa musibah (wal’iyazubillah) wang anda masih selamat berada dalam akaun tersebut.

Pastikan booking form anda disimpan dengan elok. Ia adalah bukti pembayaran di samping resit yang dikeluarkan.

.

Tips Berurusan Dengan Ejen Hartanah

Bila anda berusan ejen hartanah yang paling utama ialah mind-set yang betul terhadap ejen hartanah. Sebab apa?

  1. Ejen Hartanah adalah individu yang hanya ingin membantu anda membeli dan menyewa hartanah untuk anda
  2. Anda perlu transparent iaitu jujur dengan memberikan maklumat berkaitan kewangan dan bank anda kepada ejen hartanah. Jangan malu untuk mendedahkan kewangan anda
  3. Faham dan jelas setiap apa perbincangan dan persetujuan dengan ejen
  4. Harga rumah naik bukan disebabkan oleh ejen

 

Nak tahu proses jual beli rumah?

Sila klik link ini Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap

 

Saya rasa artikel agak ringkas. Jika ada persoalan. Boleh hubungi saya. Untuk beli/jual hartanah

 

Ejen Hartanah Berdaftar, sedia bantu anda urus jual beli hartanah
Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
: HP: 013.344.0625 (whatsapp/call/SMS)
: EMEL: rasyadan.imgsel@gmail.com
: WEB: www.hartanahwow.com
: FB: Hartanah Wow 

IM Global Property Consultants Sdn Bhd

3 Comments

  1. Pingback:Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap | Jelas | HartanahWow

  2. Pingback:6 Panduan Jual Rumah Dengan Khidmat Ejen Hartanah | Pemilik Hartanah

  3. Pingback:7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017 Tips dan Nasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge