Blog

Perkongsian Hartanah

Boleh Ke Mark Up Loan ? Apa Risikonya?

kos jual beli rumah

Boleh Ke Mark Up Loan? Apa Risikonya?

Di dalam buku ‘Membeli Rumah Semudah ABC’ ada menyentuh isu MARK-UP harga dan kami (Pn Mona Isa dan Tn Hamizi Hamdan) sebagai professional di dalam bidang ini tidak mengalakkan pembeli berbuat demikian atas sebab-sebab munasabah.

Apa Itu Harga Mark Up?

Mark-up digunakan oleh pembeli untuk mendapatkan margin pinjaman lebih 90 peratus (90%) daripada pihak bank.

Cara ini adalah salah kerana ianya dianggap satu perbuatan yang tidak jujur yang dirancang oleh pembeli yang kekurangan wang deposit atau ada deposit tetapi mahu mencuba peluang untuk mark-up.

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa pihak bank hanya memberi margin pinjaman sehingga 90 peratus daripada harga jual beli atau harga pasaran, yang mana satu rendah.

Oleh sebab syarat rujukan adalah harga yang rendah, maka keadaan mark-up ini hanya boleh terjadi jika anda membeli rumah berkenaan di bawah harga pasaran tetapi menaikkan harganya ke harga pasaran untuk tujuan permohonan pinjaman lebih 90 peratus daripada harga belian sebenar.

Risiko Mark Up Loan

Jika MARK-UP harga pembelian daripada Pemaju tidaklah sekomplex dengan harga mark-up harga pembelian sub-sale. Risiko-risiko MARK-UP:

1. Jika anda mark-up loan, harga lebih tinggi konflik dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana cukai dikenakan berasaskan nilai perjanjian jual beli. Jika LHDN hendak kenakan cukai, kepada siapa Lembaga hendak menuntut? Pembeli atau Penjual.

2. Jika jual pula rumah tersebut, anda kata rumah tiada untung, dua kali dah menipu.

3. Perunding hartanah tidak bertanggungjawab terhadap segala risiko MARK-UP ini kerana, harga yang dijual oleh Perunding adalah harga yang beliau layak dapat komisyen. Harga yang dipersetujui hendaklah ditandatangani oleh dua-dua pihak. Jika nak mark-up, perunding tidak ambil tahu dan pembeli ‘pandai-pandai’ tandatangan perjanjian lain.

4. Adakah penjual bersetuju? Jika penjual tukar fikiran mahu menuntut lebihan MARK-UP maka apa pilihan pembeli?

5. Kita bising harga mahal, tetapi jika dapat beli harga bawah pasaran, kenapa mahu MARK-UP? Jadi sampai bila harga hendak turun?

6. Jika MARK-UP, pinjaman akan menjadi tinggi, maka bayaran bulanan juga akan tinggi.

Nasihat saya, kepada pembeli atau pelabur hartanah di luar sana, hati-hati dalam menyampaikan ilmu dan ajarlah ilmu yang betul kepada masyarakat. Kita marah jika orang menipu tetapi kita sendiri belajar menipu dan mengajar ilmu menipu.

Ditulis oleh Pn Mona Isa

Nak tahu proses jual beli rumah?

Sila klik link ini Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap


Untuk urusan jual beli rumah / hartanah

Ejen Hartanah Berdaftar, sedia bantu anda urus jual beli hartanah
Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
: HP: 013.344.0625 (whatsapp/call/SMS)
: EMEL: rasyadan.imgsel@gmail.com
: WEB: www.hartanahwow.com
: FB: Hartanah Wow 

IM Global Property Consultants Sdn Bhd

2 Comments

  1. Pingback:Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap | Jelas | HartanahWow

  2. Pingback:6 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017 Tips dan Nasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge